Saturday, September 14, 2013

Mind Map



Peta Minda asalnya dari otak

Minda manusia tidak menggunakan coding binomial 101 ataupun bahasa programming lain, ia berinteraksi dengan data dan gambar. Apabila kita pick satu perkataan merujuk kepada mana-mana objek, maka objek itu akan terbayang di fikiran kita. Begitu juga apabila teringat emak atau kenalan pasti akan tergambar mukanya, bukannya ejaan namanya.

Atas asas itu, Mind Map diperkenalkan. Diperkenalkan oleh Tony Buzan, hasil pemahamannya daripada cara pemikiran Tamadun Greek terdahulu.

Mind Map digunakan untuk mengilustrasikan semaksima mungkin input dan memprosesnya dalam bentuk yang paling dekat dengan bahasa otak.

Antara ciri-ciri Mind Map ialah:

  1. Berwarna warni
  2. Berpusat di tengah - umpama segala pemikiran berpusat di otak kita
  3. Berkembang secara rawak ke sekitarnya
  4. Berkembang secara beralun
  5. Berkembang seperti akar pokok ke cambahan yang berikutnya
  6. Setiap point ditulis dengan seminimum perkataan yang mungkin
  7. Ada lukisan (doodle) atau gambar yang menerangkan makna dengan lebih tepat
  8. Dilukis di atas kanvas putih tanpa garis

Antara kelebihan menggunakan Mind Map:

  1. Menjadi lebih kreatif
  2. Menjimatkan masa
  3. Dapat belajar dengan lebih laju dan efektif
  4. Menyelesaikan masalah
  5. Menjadikan belajar itu seronok
  6. Fokus
  7. Nampak gambaran menyeluruh
  8. Menyusun dan menjernihkan pemikiran
  9. Plan
  10. Dapat mengaitkan di antara semua perkara
  11. Dapat mengingat dengan lebih baik
  12. Save trees!

Dalam kebanyakan masa, Mind Map dibuat di atas kertas kosong, namun untuk memudahkan anda, Mind Map juga boleh digunakan di dalam komputer. Namun, dengan mengambil kira ciri-ciri asas Mind Map, saya kira hanya beberapa apps sahaja yang berjaya menimbulkan mood Mind Map tersebut:

  1. Mythoughts for Mac (Mac)
  2. ithoughtsX (Mac)
  3. ithought HD (iPad)
  4. ithought (iPhone/iPod)

Namun jika anda nak guna juga yang lain, bolehlah install software berikut:

  1. Xmind
  2. Mindjet mindmap manager
  3. Nova
  4. MindNode (Mac - Free)

Semoga artikel ini membantu anda menguasai skill powerful note taking ni. Apa yang penting? Kerja.


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]