Langkah-langkah membuat Mind Map menurut Tony Buzan:
Mulakan dari tengah kertas kosong. Mulakan dari tengah memberikan kebebasan kepada otak untuk berkembang keluar dan menyerlah dengan lebih bebas dan semulajadi
Gunakan gambar sebagai objek di tengah. Satu gambar memberi 1000 ayat dan membantu berimiginasi. Objek di tengah lebih menarik, mengekalkan fokus, membantu penumpuan dan memberikan otak lebih keseronokan.
Gunakan pelbagai warna. Warna sangat menyeronokkan kepada otak sebagaimana gambar. Ia menambah kepelbagaian dan menghidupkan satu-satu Mind Map. Menambahkan keupayaan berfikir secara kreatif dan ianya seronok!
Hubungkan cabang utama kepada imej di tengah-tengah dan hubungkan kepada lapisan kedua dan ketiga cabang kepada yang pertama dan kedua dan sebagainya. Otak berhubung setiap neuronnya. Dengan menghubungkan setiap cabang, seseorang itu dapat memahami dan mengingat dengan lebih senang. Menghubungkan cabang utama juga mencipta dan mengukuhkan struktur asas pemikiran. Ianya sama dengan struktur pokok. Jika adanya gap di antara cabang utama dengan imej di tengah, sesuatu pemikiran itu akan terpecah.
Jadikan cabang dalam bentuk beralun, bukannya garis lurus. Jika ianya bergaris lurus skema, Mind Map itu boring. Beralun akan menjadi lebih menarik dan menyenangkan mata yang melihatnya.
Gunakan 1 keyword setiap line. Single word akan memberikan lebih kekuatan dan fleksibiliti. Ianya seperti pencetus, yang mencipta sendiri makna-makna berikutnya.
Gunakan gambar dengan banyaknya. Jika 1 gambar memberi 1000 makna, maka 10 gambar akan memberikan Mind Map itu 10,000 perkataan...
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment