Hendaklah kita memulakan setiap pagi kita dengan Quran. Juga kena lazimkan diri dengan solat sunat Nawafil. Juga solat Dhuha. Ramai pemuda tinggalkan Dhuha. Dhuha adalah untuk orang yang hatinya dekat dengan Allah swt.
Qiamullail, Allah nyatakan ia paling susah, krn kita perlu bangun menghadap Allah swt. Tetapi ia lah yg mampu buat kita tetap di jalan Dakwah.
Cuba kita imbas jadual harian kita. Bermula dengan subuh di Masjid, kemudian Quran, Dhuha, setiap solat di masjid, kmudian Qiamullail di rumah. Perkara ini dilakukan oleh orang biasa, bukan hanya Daie seperti kita sahaja yang buat!!!
Apa yg bezakan kita dan manusia biasa? Bezanya adalah beban dakwah di bahu kita. Orang lain mesti dapat berkah daripada kita. Daripada Zuluumat kepada Cahaya..Tanggunghawab kita lebih banyak dari masa. Maka kita harus pelihara setiap saat masa kita dgn perkara bermanfaat.
Kita tak boleh walau 1 minit dgn perkara tak berfaedah. Bagaimana nak buat? Ikat hati dan lidah kita dengan mengingati Allah swt. Walaupun tengah traffic jammed boleh ingat Allah swt.
Tanggungjawab kita tak berhenti setakat negara kita. Tetapi kita perlu ambil berat masaalah ummah islam di negara lain juga. Hadis "barangsiapa yg tak Ihtimam kpd hal umat Islam maka kamu bukan sebahagian darinya"
Tanggungjawab kita lebih byk drpd masa kita. Kita sedar bahawa keupayaan kita tak sebanyak mana. Bahkan Bumi & gunung-ganang tak mahu terima beban ini!!
Ketika saya sampai ke Malaysia, saya lihat sangat mudah kita buat dakwah. Maka wajib terhadap kita untuk pelbagaikan wasilah & cara dakwah. Be Creative.
Ustaz & syuyukh ada Hikmah. Org muda ada semangat dan perlu digabungkan kedua-duanya
setiap dari kita ada keistimewaan masing-masing. Maka carilah. Ada org mati tanpa tahu keistimewaan masing. Allah swt cipta manusia dgn keistimewaan tertentu. Maka carilah.
Selain dari itu, kita harus cari titik persamaan antara kita. Setiap skru dlm enjin main peranan. Semua penting!!
Kita kena pastikan setiap ikhwah sama-sama bekerja. Walaupon ia skru kecil, ada fungsinya. Mesti digunakan segala yg ada.
Kita saling lengkap-melengkapi. Lihat para sahabat, antara mereka mujahideen. Contohnya Khalid Al-Walid. Dia hafal Quran sangat sedikit. Dia banyak perang. Dia dilucutan jawatan oleh Saidina Umar ketika Perang Yarmouk. Dia sibuk dgn Jihad.
Abu Hurairah. Beliau hafal plg byk hadis Nabi. Umpama enseklopeia bagi nabi. tetapi jika lihat dlm bidang Jihad perang, sedikit sumbangannya.
Hasan bin tsabit. Dia penyair nabi. Setiap kali ada orang kafir nak caci nabi, beliau akan bangun dan back-up Nabi dengan syair. Satu masa, ada orang kafir, dan Safiyyah minta Hasan bin Tsabit bunuh orang kafir ni, tp dia tak bole sebab dia hanya penyair. Dan jadinya, yang bunuh orang tu adalah Safiyyah.
Dan saya datangkan misal-misal sahabat ini, bahawa kita saling lengkap melengkapi. Kita di akhirat nanti, kita dihisab seorang demi seorang. Kita memperkuat Jamaah. Apabila kita intima diri kita dengan Jamaah, itu bukan jaminan masuk syurga. Tetapi kita sama-sama memikul beban dakwah.
Akhir kalam, antum adalah tonggak Dakwah. Antum yg akan ubah masyarakat. Antum lah pemikir yg kritis.
Jgn kita pandang kecik amalan-amalan kecil. Setiap apa yang kita buat walaupun kecil akan dihisab oleh Allah swt.
Terima kasih. Saya harap apa yg keluar dari mulut saya terpahat di hati antum. Moga kita berkumpul & berjumpa di Masjidil Aqsa. Jika tak pun, kita jumpa di Jannah. Di jannatul Firdaus. Ameen
Bagaimana nak teruskan momentum amal selepas Ramadhan?
Hadis "golongan yang dapat perlindungan Allah di hari akhirat-2 lelaki yg berjumpa krn Allah swt". Tu 2 org, tapi antum ramai!! Kita saling tegur menegur. Jika ada sahabat yg lewat subuh, kita tegur. Saling nasihat menasihati kerana Allah swt. Bukan utk memperkecilkanya, ttp kerana Allah swt
Kita banyak masa. Saya kenal orang yang pergi kerja naik kete 2 jam perjalanan. Apa dia buat? Dia letak al-Quran depan mata masa memandu. So dia guna masa memandu utk menghafal. Boleh buat. Jagalah masa kita. Berdampinglah dgn sahabat yg baik. Iman kita naik turun. Dan sahabat yg iman yg tinggi, akan menarik iman kita naik ketika iman kita jatuh.
Adakah bahasa Arab ni penting?
Bahasa Arab ni lughatul quran. Kalaulah Quran ni tak turun dalam bahasa arab, Makah. Saya akan kata Bahasa Arab ni tak penting. Tetapi Quran turun dalam Bahasa Arab. Maka sangat penting kita mahir dalam Bahasa Arab agar kita dapat mahami Quran dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment