Hari ini kita ingin menerpa nama dalam sejarah Malaysia. Usaha kita untuk membebaskan Palestin bukan sahaja terhad kepada duit mahupun sesi ceramah.
Banyak lagi usaha yang mampu kita lakukan dan PACE komited untuk membuat kajian demi kajian agar misi dan visi kita terlaksana. Visi untuk melihat Al-Aqsa kembali bebas dari cengkaman Zionis Israel. Misi untuk membebaskannya dengan tangan kita sendiri.
InsyaAllah. Tangan-tangan ini akan melaksanakannya.
Kajian bersejarah yang ingin dilaksanakan adalah dalam bentuk survey ke atas 2000 rakyat Malaysia on the ground. Kita ingin melihat sejauh mana usaha yang dilaksanakan selama ini oleh pelbagai pihak, berjaya membumi dalam masyarakat.
Anda mahu terlibat? Email ke pace@aqsasyarif.org.my
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment