Antara Tarbiyah dan Aktivisme.
Kelapa sawit. Penghasilannya memerlukan Ladang Kelapa Sawit dan Kilang Kelapa Sawit.
Ladang untuk collection Kelapa Sawit, memerlukan pekerja untuk mengutip kelapa sawit di Ladang.
Kelapa Sawit itu kemudiannya akan dilonggokkan di hadapan Kilang untuk diproses di kilang untuk menghasilkan minyak dan produk-produk yang berkaitan.
Dalam kilang itu, adanya mesin proses yang mempunyai spesifikasi tertentu.
Jika mesin hanya mampu untuk proses 50 tan buah kelapa sawit sejam, maka ia hanya akan mampu memproses setakat itu sahaja.
Melonggokkan hingga 300 tan buah kelapa sawit di hadapan Kilang hanya akan menyebabkan Kilang itu busuk.
Untuk menghasilkan penghasilan Produk Kelapa Sawit yang besar, memerlukan mesin yang lebih banyak dan lebih berteknologi tinggi.
Jika Ladang dan buah lebih banyak daripada kekuatan yang ada, kena fikir cara yang sesuai terhadap lebihan buah itu.
Mungkin tidak semua diproses di Kilang dan menjadi part of Kilang.
Mungkin boleh diproses di Kilang lain.
Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment