Saturday, June 29, 2013

Aku tidak mahu mandul

Hari ini sudah hampir genap 2 bulan aku bertugas di Lembah Kelang. Bermula 1 Mei yang lepas.

Pada waktu itu, aku diberikan tugasan mustahil untuk menghidupkan semula suatu NGO yang suatu masa dahulu pernah memainkan peranan yang besar dalam dakwah di Malaysia.

Setelah seminggu bertugas, aku segera menulis surat letak jawatanku di daerah di Johor. Hari berikutnya juga, aku dilantik menjadi kuli di daerah baharu pula.

Ironisnya, berderet-deret ahli keluarga, rakan seusrah, rakan sekerja, boss yang meminta aku mempertimbangkan semula keputusanku untuk menerima perjawatan menjadi kuli itu. Pada mereka aku tidak akan dapat melakukannya.

Kalaulah mereka fikir aku menerima perlantikan itu kerana aku gila jawatan maka mereka silap. Aku dah puas pegang jawatan, tidak ada maknanya nak rasa best pegang jawatan kuli tu.

Kalaulah mereka fikir aku menerima perlantikan itu kerana aku tidak tahu "The Art of Saying No" atau "Seni silat + Taichi", dan menjadi "Pak Turut" sahaja maka mereka silap. Aku tidak sebodoh tu.

Hakikatnya, aku tidak mahu jadi mandul!

Aku tidak mahu bangun dari tidur selepas 20 tahun akan datang dan aku hanya keseorangan tanpa mencetak walau seorang pun manusia.

Pengalaman lepas mengajarku betapa membina diri itu jauh lebih senang daripada membina orang lain. Tidak menjadi kesukaran untuk membina diri, selagi disiplin itu ada.

Akhirnya, jika kita meyakini Manhaj taghyir ini bermula dengan pembinaan individu, kita akan sentiasa berfikir untuk memburu manusia, mengumpul manusia, membina manusia dan menggerakkan mereka merubah sistem jahiliyah ini.

Apalah gunanya menjadi tokoh tanpa mampu melahirkan pewaris kepada ketokohan ini. Nafas dakwah ini perlu panjang untuk usianya yang panjang ini.


Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Location:Lebuhraya Sungai Besi,Petaling,Malaysia

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]