Thursday, April 25, 2013

Tentang Hadik






Ashiqah kata:

Satu benda saya nak share tentang Hadik. Satu hari saya dan abinya menjemputnya di taska. Dia tengah main dengan kawannya.

Pastu bila saya datang kat pagar, Hadik tiba-tiba lari ke belakang taska sehinggakan teacher dia kejar dia. Tapi dia tiba-tiba muncul kembali dengan wajah yang tenang setenang namanya.

Teacher pun tanya saya : nak taw kenapa dia lari ke belakang? Dia ada main batu kecil tadi. So dia nak balik kan dia pun nak letakkan batu tu ke tempat asalnya.

Saya macam... Terdiam. Uniknya budak ni. Baik je. Saya pun peluk dia dan kami pulang ke rumah. (⌒▽⌒)


Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

1 comment:

abdullah umar said...

Hadik da besar, da masuk taska daa.. huhu.
nanti jgn lupa pakcik ye :)

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]