Wednesday, April 24, 2013

2 orang penjaga badan

Seorang Akh ditanya oleh calon:

"Nta ni duk jaga ana 24 jam ni, nta tak kerja ke?"

Akh tersebut sudah hampir seminggu menjaga keselamatan calon tersebut, Dr. N. Isteri dan anak-anak ditinggalkan, segala kerjanya mencari rezeki sehari-hari juga diberhentikan sementara proses pilihanraya.

"Ana kalau setakat nak jaga 1 2 ringgit, ana tinggal je Dr. Tapi ni nak jaga ratus-ratus bilion duit rakyat ni! Inilah dia perjuangan kita melawan kezaliman!"

Semoga Akh tersebut dipelihara Allah. Bukan seorang. Malah 2 orang yang sebegitu!

Jikalau kita menang, maka kita akan bergembira atas kemenangan itu.

Jika kita bekerja keras, dan Allah S.W.T. mentakdirkan kekalahan buat kita, maka bersabarlah. Ada hikmah yang perlu kita pelajari.

Jika kita bermalas-malasan dan Allah S.W.T. mentakdirkan kekalahan buat kita, menangislah. Tapi jangan menangis kerana kita kalah, tapi menangislah kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk menang!


Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Location:Jalan Dedap 25,Pasir Gudang,Malaysia

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]