Sunday, April 21, 2013

Apple Maps

Habis bertugas, berkempen dari rumah ke rumah, menjadi pengiring je pun, aku diarahkan ke bilik gerakan pula. Stand by.

"Aiseh, kat mana aku sekarang ni?", ikut punya ikut orang, aku sendiri tak tahu aku berada di area mana.

Aku pula ditakdirkan kini berseorangan. Yang lain sudah pulang ke rumah sesudah menyelesaikan tugasan mereka.

Fikir punya fikir, aku semakin sangsi.

Sangsi.

Sangsi.

Aku pandang Asad dengan pandangan tajam. Aku tarik nafas.

"Bismillah"

Aku tekan apps Apple maps. Aku pilih destinasi ke Masai Johor dan dengar suara perempuan memberikan arah petunjuk.


...

...

...


Cis, tercalar rekod tanpa sesat aku selama ni.

Walaupun berjaya sampai setelah 45 minit (patutnya 20 minit dah sampai), aku dibawa berpusing pusing ke seluruh Johor Jaya, jalan yang sama berkali-kali dan rerouting entah berapa kali kerana jalan yang dia kasi tu kebanyakannya no entry (jalan sehala).

Ok.

Bukan salah pejabat ni, salah aku yang tak tahu jalan area sini, dan salah Apple yang tak reti-reti nak hantar pekerja dia ke sini untuk buat data collection. Anyway, buat peta memang susah.

Pengajaran : Ukurlah kain di baju sendiri, wahai Apple.

Eh, kalau korang free nak tolong kat sini, sangat-sangat dialu-alukan. Pengalaman di medan sebenar lagi best berbanding pertandingan kumpul 'Likes' di FB.



Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Location:Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Masai

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]