Thursday, April 18, 2013
Berhati-hati memasang cita-cita
Para ilmuan barat, menerusi kajian mereka mengajarkan kepada kita untuk memasang cita-cita bagi mencapai kejayaan.
Bahkan ia diajarkan dalam Islam.
Rasulullah menerangkan Islam secara global menerusi surah Ar-Rum. Menjamin gelang kaki kisra kepada orang yang memburunya. Membayangkan terbukanya Al-Quds. Menanamkan azam dalam para sahabat untuk membebaskan Italy & Turki.
Itu namanya memasang cita-cita!
Namun, berhati-hati dengan perangkap iblis, takut-takut cita-cita kita itu bukanlah untuk kemenangan islam, atau untuk mengaut pahala tetapi mengejar nama dan kedudukan di sisi manusia.
Syaitan, iblis itu sendiri x pernah puas untuk menyesatkan manusia. Musuh utamanya? Orang yang beriman.
Orang yang beriman bukan sikapnya meminta kedudukan, atau mas'uliyah. Malah bilamana seorang akh itu memintanya, maka kita disuruh untuk tidak melantiknya.
Sangat besar peranan menjaga hati & perasaan, walaupun di medan amal yang besar.
*Untuk penerangan lanjut, baca hambatan-hambatan dakwah, karya Abu Ammar.
Abu Khalid,
Kuli Dakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment