Monday, April 22, 2013

Allah sayang kamu


"Allah sayang kamu", itulah kata-kata yang terlafaz apabila kami mendekatinya.

Setiap apa yang kami katakan kepadanyanya, dianggukkan sambil berkata,

"Allah sayang kamu"

"Nanti jangan lupa undi Dr N ya"

"Undilah Allah, pilihlah Allah"

"Ya, undi lah Dr N, dia juga memilih Allah, menegakkan hakimiyah Allah di bumi Johor ni", jawab seorang petugas. Spontan.

Sepanjang menjadi penjaga badan, merangkap tukang kempen ni, aku telah berjumpa dengan pelbagai gelagat manusia.

Ada yang menolak, ada yang menerima dengan sangat baik. Ada yang mendoakan kejayaan perjuangan ini. Aku kagum melihat orang yang sangat mencintai Allah seperti lelaki ini.

Taksublah dengan Allah, berlaku bias lah kepada kebenaran.

Moga kita bersama kejayaan yang dijanjikan itu!

"Allah sayang kamu"



Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

Location:Jalan Mawar,Taman Mawar,Malaysia

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]