Itulah yang ku rasakan kini. Terlintas, hinggalah aku tersedar dan beristighfar.
Dulu, kita sama-sama terjebak dengan dakwah & harakah ini.
Dulu, kita sama-sama melafazkan baiah, janji setia kepada dakwah ini. Janji setia kepada setiap arahan jemaah. Janji setia menyerahkan sepenuhnya jiwa & raga demi Allah, demi mengembalikan hakimiyah Allah di muka bumiNya.
Hari ini, kau diamkan diri. Kau tertipu dengan tarbiyahmu yang kau fikir paling benar. Hingga kau melihat dirimu itu lebih utama berbanding dakwah ini. Tarbiyahmu membuatkan kau ghurur, hingga gagal untuk melihat kebenaran di balik arahan-arahan qiyadah. Hingga tersasar aulawiyatmu. Hingga tersesat tsiqahmu.
Bahkan kau yang dahulu berjanji untuk mendukung dakwah ini, kini bukan sahaja tidak membawanya, malah dengan segala ilmu & fikrahmu, kau menyerang dakwah ini dari segala cabang. Kau membawa kekuatan-kekuatan gerakan ini ke arah yang bertentangan.
Hari ini, kau mengkhianati kami.
Kau ingat, kau lebih menyayangi dakwah. Padahal, kau menipu diri sendiri. Kau hanya menyayangi dirimu semata-mata.
Apa yang kau suka, kau buat, itulah jemaah di matamu.
Apa yang kau tak suka, kau tinggalkan, itu bukanlah jemaah di matamu.
Maka, kau tertipu & menipu dirimu sendiri.
Hari ini, kau tinggalkan kami terkial-kial, kerana 'jihadmu' yang kau rasa lebih utama, di matamu.
Geram!
Namun, ternyata kasih sayangku terhadapmu jauh lebih mengatasi kebencianku itu. Kau tetap saudaraku, yang ku cintai sepenuh hati.
Aku mendoakan agar kau kembali, menjadi sebahagian daripada gerakan ini, mengalir dalam masyarakat, membumikan neraca Ilahi.
Sayangku,
Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Location:Jalan Dedap 20,Pasir Gudang,Malaysia
No comments:
Post a Comment