Pada suatu malam yang hening, sekumpulan mahasiswa berkumpul dalam kumpulan yang kecil. Mereka ragu-ragu dengan keupayaan mereka dalam menggerakkan dakwah di kampus mereka. Sehinggalah senior mereka bertanya satu soalan;
"Cuba kira pondan dan ikhwah yang join usrah di kampus kita. Mana yang lebih ramai?"
~~*~~
Seorang ukht bertanya kepada seorang ustaz yang sedang ligat di medan dakwah;
"Ana lihat ustaz ini siang malam usrah, dakwah, meeting dan macam-macam program tarbiyah. Bila ustaz ambil masa untuk membaca buku, bekalan menyampaikan semua ilmu-ilmu itu?""Ana membaca semua buku-buku bekalan itu sewaktu muda dahulu."
~~*~~
Di suatu majlis sesama ikhwah;
"Akhawat berasa kecewa dengan ikhwah yang tidak dapat bertahan qiamullail malam tadi. Mereka kecewa dengan sikap ikhwah yang satu hari nanti akan memimpin mereka. Ntum tidak malu kah ingin mengaku diri ntum sebagai bakal suami-suami mereka kelak?""Tolong ajar ana untuk menyembah Allah, bukan menyembah akhawat. Tolong ajar ana agar ana buat semua amal ibadah untuk Allah, bukan untuk kesukaan akhawat. Tolong pimpin ana supaya ana ikhlas kerana Allah, bukan bermatlamatkan nafsu kepada wanita bergelar akhawat."
~~*~~
Di sebuah pertemuan bersama seorang akh yang baru sahaja ingin membina koleksi bukunya, perpustakaan dakwahnya;
"Akhi, mari kita lumba siapa yang dapat kumpul paling banyak buku. hehehe""Taknaklah macam tu, mari kita lihat, siapa yang paling banyak membacanya."
6 comments:
... (terkesan)
"Tolong ajar ana untuk menyembah Allah, bukan menyembah akhawat. Tolong ajar ana agar ana buat semua amal ibadah untuk Allah, bukan untuk kesukaan akhawat. Tolong pimpin ana supaya ana ikhlas kerana Allah, bukan bermatlamatkan nafsu kepada wanita bergelar akhawat."
NICE!!!
"Tolong ajar ana untuk menyembah Allah, bukan menyembah akhawat. Tolong ajar ana agar ana buat semua amal ibadah untuk Allah, bukan untuk kesukaan akhawat. Tolong pimpin ana supaya ana ikhlas kerana Allah, bukan bermatlamatkan nafsu kepada wanita bergelar akhawat."
NICE!!!
Like! Nice! Inspirational! Menginsafkan...
p/s:- ana mungkin turut berada dlm majlis ikhwah yg psl akhwat tu...
^_^
Jazakallah akhi, atas mutiara2 kata ni...
Like! Nice! Inspirational!
Akh Azraai:
:)
Post a Comment