Thursday, June 24, 2010

Muhasabah Cinta

























Masa berlalu dengan pantas. Sudah hampir 200 pos yang telah ana kongsikan bersama ntum. Harapannya agar ianya bermanfaat untuk ntum, walau di belahan bumi mana ntum berada, kerana agama ini akan membuatkan kita tidak sanggup duduk diam, tidak kira di mana sahaja kita berada.

Ana sedar, mustahil untuk ana mencapai kesempurnaan hakiki, kerana manusia itu diciptakan dengan 1001 kelemahan yang ana harapkan dengan kebersamaan kita ia akan diperbaiki hari demi hari.

Begitu juga dengan blog ini, yang ana harapkan menjadi wahana tarbiyyah kita bersama. Oleh itu, bagi memperbaiki kekurangan di segala segi blog ini, sukalah ana sekiranya ntum dapat membantu ana merefleksi diri. Di bawah banner blog ini, ana sertakan satu pilihan jawapan muhasabah. Harapnya ntum dapat menilai mengikut budi bicara ntum.

Jika ada apa-apa muhasabah lain yang tidak mampu dizahirkan di pilihan jawapan itu, tiadalah salahnya jika ntum mengorbankan masa barang 2 3 minit untuk menaipkan butirannya di ruangan komen, insya-Allah ana akan respon secepat yang mungkin, dengan kapasiti ana sebagai seorang manusia.

Semoga dakwah kita dapat diperkasakan.

Wallahua'lam


Hussaini,
Kuli dakwah, Hamba Allah.

5 comments:

Anonymous said...

Akh. penulisan adalah seni. Idea dan kreativiti ...

Untuk mengembangkan seni idea dan kreativiti ini anta kena selalu gunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati, meneliti dan mengembangkannya melalui kreativiti.

Jika asas penulisan anta dakwah maka salurkan melalui dakwah.

i.e. Jika anta memerhatikan pokok, apakah yang anta boleh dapatkan dari pokok itu untuk kembangkannya jadi dakwah? Mungkin akarnya, pucuknya atau dahannya.

Jika kita bercerita tentang 'cinta'. Apakah yang boleh anta ambil dari cinta untuk kembangkannya jadi dakwah?

Penulisan perlu banyak membaca seperti kata A.SAMAD SAID. Kalau ingin hebat menulis kena
membaca
membaca
membaca
then
baru menulis.

Penulisan perlu penceritaan untuk mengindahkannya dan memerlukan dialog untuk menarik minat pembaca dan melajukan bacaan.

Belajarlah menulis dari surah Yusuf! Anta lihatlah dari 111 ayat, 86% darinya adalah dialog.Dan hampir keseluruhannya adalah penceritaan.

Jadi jangan menulis blog macam menulis rencana kerana amattttt memboringkan.

Pengunaan hadith dan alquran pun, gunakan terjemahan kerana orang tak kan baca ayat tu kerana mereka ingin baca dalam keadaan bersantai dan fast reading dan kita bukan menulis buku untuk dibaca tapi menulis untuk memberi kefahaman.

kalau boleh blog pun perlu plot juga ( sebab dan akibat )i.e. kalau anta tulis tentang putus cinta ikhwah akahwat, concludekan jalan penyelesaian. beri alternatif dan jangan buat hukuman dan jangan buat ugutan masuk neraka dan sebagainya ...

sekadar tu jer. kalau panjang nanti takut ana pulak tak faham tapi insyaalah, ini pengalaman sebab ana tua dari anta so kita share lah.

Tapi kalau tulis novel lain pulak. Perlu watak, tema, plot dan berbagai lagi. nak belajar? Kena bagi pengkeras dulu ....

Pengkerasnya, carikan ana bidadari syurga .....huhuhu

apa pun tulisan anta ok dan ana adalah salah seorang peminatnya.

Semuga Allah rahmati anta akhi dan semuga ukuhuwah kita berpanjangan walau pun anta IKRAM dan ana HALUAN ...dan muga muga kita tak karam dan berubah haluan kerana jamaah adalah platform kita bekerja dan semestinya kita harus bekerjasama kerana tidak ada perfectnya jamaatul minal muslimin ini seperti jamaah rasulllulah. Dan kena ingat jamaah kita bukan jamaah malaikat tapi jamaah manusia yang punya banyakkkkkk kesilapan ....elakan pada ketaksuban kerana tak semesti kita ramai kita boleh menang ...

aduhai tazkirah pulak. Jumpa lagi.

Abu Khalid said...

Subhanallah, xifu sudah bagi sentuhan...

Ana akan usaha lagi insya-Allah

Jazakallahu khoiran kathira ya akhi fillah

AmirSyafiq said...

whoa.
pnjngny.
blh.buat.post.lg.satu.

ana.dh.vote.~!

Anonymous said...

masyaALLAH..suka tazkirah kat atas tu

Anonymous said...

hurm....seni2...

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]