Tuesday, June 29, 2010

Hasil Muhasabah 1



(Sila klik gambar di atas untuk tumbesaran yang sihat)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh,

Ikhwah dan Akhawat,
Saudara dan Saudari seakidah denganku yang ana kasihi,

Proses muhasabah berkala narawastuilmu sudah berakhir pada 2:53 petang, 29 Jun 2010 dengan 61 responden.

Kepada yang telah menunaikan tanggungjawab anda, ana ucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa kalian. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang banyak di sisinya.

Dari pemerhatian secara kasar, dapatlah kita menilai bahawa blog ini ada manfaatnya, cumanya proses pembaikan perlu dilaksanakan dari masa ke masa, dalam pelbagai aspek.

Walaubagaimanapun, perlu ana terangkan bahawa dalam penulisan ana di blog ini, sengaja ana menvariasikan mode penulisan kepada mode novel, penyentuhan jiwa, artikel, fakta, gambar, cetusan pemikiran; semuanya dengan cara penulisan yang berbeza untuk mengelakkan sesetengah orang daripada kita ini, jemu dengan cara penulisan yang sama.

Tambahan pula, tidak ramai yang suka baca post yang panjang-panjang. Tapi, ramai pula yang tidak gemar membaca sekadar artikel pendek yang tiada penceritaan yang jelas. Begitu juga dengan kelas-kelas pemikiran manusia yang berbeza. Kita belum lagi bercakap tentang sesetengah akh kita yang fobia membaca.

Harapannya agar akhirnya blog ini mampu memenuhi keperluan semua, tetapi ana sedar ana hanya lah seorang manusia biasa. Semoga Allah memberikan kita cetusan idea, untuk akhirnya kita dapat meraih formula yang paling tepat untuk mengubati penyakit ummah ini.

Formula yang telah Allah berikan kepada rijal-rijal yang beramal sebelum kita, yang akhirnya dengan pengalaman dan pemahaman mereka, dakwah yang kita lalui kini sangat jelas matlamat dan caranya.

Bak kata Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid:

"Allah telah mengurniakan kepada mereka (para pendakwah) kata-kata yang fasih, mendalam dan luar biasa. Mereka (dapat) simpulkan pemikiran dakwah mereka dengan kata-kata yang ringkas dan dapat dijadikan usul atau dasar yang penting bagi pendakwah islam selepas mereka. Ia menjadi kata-kata penunjuk arah jalan dan pengucapnya dianggap sebagai guru di dalam dakwah islam."

(Muntalaq, Bab 12)


8 comments:

Unknown said...

maaf tak vote

Abu Khalid said...

Maaf diterima

C:

Unknown said...

actually..
camne nak vote?

Abu Khalid said...

Ekcelli, dahulunya (sepanjang minggu lepas) ada peti undi di atas pos ini.

Sekarang, apabila sudah tamat hari mengundi, peti undi sudah dihilangkan.

Abu Khalid said...

C:

satusoff said...

salam akhi, bukan boleh wat undi pos tak? ;)

Abu Khalid said...

C:

Boleh-boleh, sistem ini akan dimajukan di pilihanraya yang akan datang.

Nantikannya...

Anonymous said...

Akh ...
tahniah atas muhasabah itu. Ana senantiasa dibelakang anta untuk memandu dan memacu anta serta menegur mana yang patut ...teruskan berkarya dan istiqamah. Insyaalah. Allah tidak melihat natijah tulisan kita tapi melihat usaha kita untuk mentarbiyah manusia ...

Teruskan adikku ... teruskan ...

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]