Friday, April 9, 2010

Anda Bijak, Jauhi Zina ya




Nilaian tertinggi, bukan kebanggaan

KUALA LUMPUR- Mengejutkan. Begitulah reaksi rakyat Malaysia, terutamanya rakyat negeri Selangor, selepas pendedahan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ummat semalam. Wartawan Tidak Bernama sempat mendengar keluhan hati beberapa pengunjung ibu kota. Cukuplah kalau pendapat seorang sahaja yang diceritakan di sini. Hari ini hari jumaat, maka tidak perlulah kita bekerja keras sangat. Esok dah cuti dah. Lagipun, hari ini, sepatutnya kita semua menyibukkan diri mengulang baca surah Yasin 33 kali supaya selamat dari gangguan makhluk halus.

Kami sempat menemubual Muhammad Hussaini bin Khairudin, seorang pelajar UPM. Ternyata beliau berminat untuk menyampaikan pendapatnya. Namun, beliau tidak mahu melampirkan gambar beliau, maka terpaksalah Wartawan Kami mengambil gambar siapa-siapa sahaja, supaya nampak kami ini seperti berbuat kerja di pagi Jumaat ini.

Hussaini, ketika ditemui, berasa kesal dengan apa yang berlaku, "Kita seharusnya berani untuk berfikir, 407 bayi yang dilaporkan ini, hanyalah suatu pendedahan yang berani didedahkan oleh pihak kerajaan. Kita tidak tahu angka sebenar. Bahkan kita tidak tahu, betapa ramai bayi-bayi yang dibuang, yang tidak dikesan. Kita juga tidak tahu, dari jumlah itu, berapa banyak bayi-bayi hasil zina itu, yang tidak dibuang, diselindung di sebalik perkahwinan Pak Sanggup. Kita juga tidak tahu, betapa banyak perzinaan yang tidak menyebabkan kehamilan. Ternyata jumlahnya jauh lebih besar. Maka, isunya bukan di sebalik jenayah buang anak semata-mata."

"Setiap siang dan malam, betapa ramai anggota masyarakat ini yang berzina. Berzina dengan anak orang, berzina dengan mak orang, berzina dengan kakak orang, berzina dengan adik orang. Masyarakat kita berada dalam krisis nilai", tambahnya lagi.

"Yang lebih membimbangkan, kerajaan kita bercadang untuk membuat pelbagai perancangan-perancangan baru seperti pelaksanaan kelas Seks, pemberian kondom percuma dan lain-lain. Kerajaan cenderung untuk mengambil contoh dari negara-negara barat yang MAJU, terutamanya Amerika Syarikat, sedangkan mereka berada dalam masalah krisis nilai, seks sonsang, seks luar tabii, seks bebas, seks rambang, bunuh, rogol dan zina haram (ada ke yang halal?) yang jauh lebih teruk berbanding kita. Apabila fikiran terjajah, apa sahaja yang ditawarkan oleh penjajah, kita terima bulat-bulat, walaupun menuju kepada kemusnahan."

Hussaini menggesa agar pihak kerajaan mengambil langkah serius menyelesaikan masalah ini, dari peringkat akar umbi lagi.

"Semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, institusi pendidikan, masyarakat, keluarga, individu, parti politik, badan bukan kerajaan, harus mengambil langkah drastik, dengan melaksanakan tarbiyyah secara bersepadu, juga, di setiap peringkat."

"Kami, ingin sahaja menawarkan tarbiyyah yang kami dapat ini kepada semua. Tapi ternyata, untuk melaksanakannya, tidak dapat tidak, memerlukan penglibatan semua gerakan-gerakan islam, kerana takungan masyarakat dan ummah terlampau besar."

"Sudah-sudah lah tu bertikam lidah dan saling bermusuhan. Yang kita perlukan sekarang adalah penyelesaian, bukannya masalah."

Apabila ditanya oleh Wartawan Kami, siapakah yang dimaksudkan sebagai 'Kerajaan' oleh beliau, beliau terdiam sementara sambil merenung wartawan, dan menyatakan, "Kerajaan itu boleh jadi, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Republik Kelantan, Kerajaan Turki Uthmaniyah atau Kerajaan Firaun Kecil bak kata saudara Zulkifli Nordin. Tapi itu bukan isunya. Isunya ialah, setiap individu yang bertanggungjawab, perlu melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin kerana mereka akan dipersoal di akhirat kelak. Saya peduli apa dia tu PKR ke, BN ke, PAS ke, DAP ke, yang penting dia buat kerja. Kalau tak buat kerja, takyah la nak gebang panjang-panjang."

"Satu lagi, tidak perlu nak sibuk-sibuk meneka-neka saya ni menyebelahi mana-mana pihak. Saya ini sokong islam, yang mana baik untuk islam, itulah yang saya sokong, tidak kira warna benderanya. Selepas ini, tak perlulah mana-mana parti nak menagih undi saya, pandai la saya buat pilihan saya sendiri", katanya. -Tidak Bernama.

7 comments:

Bashir IbnDzul said...

salaam,

huhu. kelakar, kelakar gak. tapi sindiran tajam tu.

tak tau ape nak jadi. du'at pun, kena kerja lebih keras lagi. orang lebih suka bincang isu politik yang tak abis-abis dari bincang isu sosial yang so-sial itu.

Unknown said...

haha...yup,agak lawak juga..
tapi mesejnya sgt jelas.Kita spekat membnci zina.Semoga pemerintah lebih terbuka hati utk membanteras zina.Benarlah sabda nabi bahawa pemimpin itu memegang salah satu kunci kebajikan atau kunci kemaksiatan.Harap-haraplah tak ada lagi maksiat baru yg 'dibuka'...

Insan Biasa said...

hehe...sindiran yang bermakna...cukup tajam...

Anonymous said...

camaner nak selesai syeikh! Selagi hukum islam letak dibelakang ...bendera parti letak kat depan pakai ramailah lagi yang berzina! Itu yang bodoh berzina kita tahulah bila buang bayi. Yang cerdik berzina'pakai kondom tu. Berapa ribu .... 7 eleven tu siapa pun tak nak komplen jual kondom terang terang.

Nak harap Parti PAS? Dulu bolehlah syeikh waktu PAS benar benar ikhlas berjuang islam ...

Sekarang ni jangan haraplah! Dah masuk kelompok firaun dan kafir DAP tu ...pakai bisulah sepanjang hayat!

Maaf ... ada masa saya ni geram jugak hal hal politik melayu bodoh ni!

wea said...

ni apsal ade gambar zaim ni....

islampride said...

Saya sangat suka atas komen akhi pasal permasalahan ni. Kerajaan lebih cendenrung melihat negara orang yang maju, sedangkan mereka tak buat politik berlandaskan islam. :)

Masalah untuk mereka yang phm, adalah apabila saling memusuhi antara satu sama lain, sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu lebih dititik beratkan.

Wallahualam. Jzkk for the sharing.

Abu Khalid said...

Pendedahan terbaru dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Seorang anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit,

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]