Friday, December 11, 2009

Wahai diri, Jagalah hati





Wahai Mujahid ayuh berjuang
Demi Islam Ad-Din yang tercinta
Agama kita dijunjung mulia
Hingga berada di puncak jaya

Rakan-rakan, kita berjuang
Dan berjihad di mana-mana
Demi mempertahankan kedaulatan
Kemuliaan nama dan maruah

Dalam diri janganlah ada
Sifat pengecut gerun dan gentar
Kerana Mujahid yang berjihad adalah
Tentera Allah wira pendekar

Selautan peluh dan darah
Tumpah ke bumi tidak mengapa
Kerana nanti ada ganjaran Allah
Syurga Firdaus aman dan bahagia


Menggalas misi agung dalam kehidupan ini, memerlukan suatu kekuatan. Kekuatan untuk menegakkan islam dalam diri. Kekuatan untuk membentuk Baitul Muslim. Menanam keislaman dalam masyarakat. Membumikan islam dalam sebuah kerajaan. Membebaskan negara-negara islam ini dari kekuasaan syaitani. Seterusnya menjadikan alam ini sekaliannya berserah secara total kepada Allah. Tanggungjawab ini mewajibkan kita mempunyai kekuatan yang tiada taranya. Tanpa tangguh dan malas-malas. Apatah lagi jika longlai jiwanya, kerana Allah berfirman:


"...Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."

(Ar-Ra'd 13: 11)


Itulah realiti yang telah rosak, kecelakaan dan kesempitan, kemusnahan dan kebinasaan yang dihayati manusia zaman ini, tidak akan berubah kecuali apabila kita merubah apa yang ada pada diri kita dan iltizam dengan jalan Allah.

Cukuplah ayat ini untuk menerang kepentingan individu dalam sebuah masyarakat itu, bergantung kepada individu-individu di dalamnya. Setiap daripada mereka akan membuat keputusan dalam memandu arah masyarakat dan tergeraknya mereka adalah hasil usaha fardhu-fardhu di dalamnya, dengan izin Allah.

Individu ini yang akan menggambarkan dunia ini. Ia akan dibentukkan oleh tangan-tangan manusia. Setiap tangan-tangan yang bergerak itu, setiap nafas yang diatur dan segala apa yang difikirkan sehari-hari akan menentukan hala tuju dunia, tanpa sedar kita. Ia berasal daripada individu. Dipandu oleh sesuatu yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis baginda;


... dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hati bukan unsur biasa. Ianya suatu unsur ruhi yang tidak dapat dijelaskan oleh sains sekular yang cetek. Unsur ruhilah yang akan memisahkan kita daripada haiwaniyah haiwan. Sesungguhnya semangat merasa kebersamaan atas kesamaan tanah, kesamaan spesies, kesamaan makanan, kesamaan darah merupakan rentetan daripada perasaan haiwaniyah yang lahir dari dalam hati haiwaniyah.

Kekuatan robbaniyah hanya akan diperolehi melalui penjagaan hati seorang muslim dengan nilai-nilai robbani. Nilai-nilai inilah, yang akan memberikan suatu terjahan (momentum) untuk seorang muslim itu untuk memimpin dunia. Jagalah hati.

Perjuangan kita adalah perjuangan memperteguhkan hati-hati. Jangan kotorkan ia dengan maksiat dan debu-debu dunia.





Nafsu itu seperti kanak-kanak sekiranya ia dibiarkan ia akan terus membesar dengan mencintai susu akan tetapi apabila ia dipisahkan dari susu, dia akan berhenti menyusu. Tidak syak lagi bahawa membentuk laki-laki lebih susah daripada membuat kilang-kilang dan bangunan-bangunan.

Yang kita maksudkan di sini adalah membentuk laki-laki yang salih, tanpa mereka tidak mungkin dilaksanakan satu kebaikan dan pembaikan kerana sesungguhnya Allah tidak kana memperbaiki amal usaha orang-orang yang rosak, orang yang tidak sabar menentang nafsu mereka dan tidak sabar mendidik diri mereka, meragui jalan tarbiyyah, dan mempersiapkan diri mereka lalu menghiasi diri mereka dan orang-orang lain dengan mengambil jalan pendek, mempergunakan kekuatan sebelum tiba masanya, kerana pendapat dan tindakan yang demikian adalah merbahaya.


2 comments:

Unknown said...

dari mata turun ke hati.
yup, akh.
pandangan kita menentukan tingkatan iman dalam hati kita.
dari pandanganlah yang banyak meransang tubuh untuk bertindak ke arah kebaikan dan keburukan.

ana said...

ya betul tu! nafsu itu salah satu medan jihad yang wajib dimujahadahkan!

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]