Tuesday, December 8, 2009

Hanya kerana aku ANAK IKHWAH





Allah menilai ketakwaan kita

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"
(Surah al-Hujeraat 49: 13)

Black stallion (gambar) menggambarkan suatu kemewahan dan kekuatan. Memikinya di zaman dahulu, umpama memiliki sebuah kereta mewah lagi berkuasa besar di zaman ini. Malah, hingga ke hari ini, ia tetap menjadi rebutan. Thoroughbred merupakan sebuah nama timbangan kepada kuda yang berbaka baik. Ia juga menjadi gelaran kepada orang-orang yang baik nasabnya di mata masyarakat setempat.

Dalam Al-Quran dinyatakan,
"Dan (Dia Mencipta) kuda, bagal dan keldai untuk kamu tunggang dan menjadi perhiasan"

(Surah An-Nahl 16: 8)

Dalam dunia dakwah ini, seakan-akan ada 2 golongan manusia. Pertama, anak ikhwah. Kedua, bukan anak ikhwah. Definisi anak ikhwah adalah individu yang lahir daripada pernikahan ikhwah dan akhwat. (Kamus hidup Hussaini, 2009)

Pada pandangan ikhwah akhwat yang baru menyertai batallion dakwah ini, golongan anak ikhwah ini dianggap golongan yang beruntung, malah pada sesetengah mereka, kelompok ini adalah kelompok elit dalam arena dakwah. Anak ikhwah kata mereka, terpelihara sejak kecilnya, diusrahkan semenjak mengenal huruf-huruf lagi, disekolahkan di sekolah dakwah dan hidup dalam suasana biah dakwah setiap saat hidupnya. Merekalah Thoroughbred yang sebenarnya.

Mengusrahkan mereka merupakan suatu kesusahan, kadangkala suatu kemustahilan. Seringkali dibayangkan sebagai golongan yang maha tahu setiap perkara mengenai jemaah islam ini. Seolah-olah semua buku fikrah sudah dikhatamkannya. Seolah-olah setiap juzuk quran dihafaznya. Seolah-olah semua hadis dikuasainya.

Membayangkan betapa mulianya golongan elit ini, lebih teruk lagi jika mereka menginjakkan diri dari kegelapan sebelum ini. Terasa kerdil yang amat di sisi mereka. Masih dapat dirasa lekit-lekit lumpur jahiliyah di celah-celah jari apabila asyik membuat perbandingan dengan 'golongan elit' itu.

Pandanglah dari kaca mata Al-Quran. Sesungguhnya kemuliaan tidak datang dari hartanya, mahupun kedudukan, kecantikan ataupun keturunan. Ia datang dengan ketakwaan. Hanya dengan ketakwaan datangnya kemuliaan, jika kita menilai segala-galanya dari kaca mata nilaian Allah.




Nur Syahadah menyinar kalbu

Mengharungi dunia ini, ia tidak sesenang yang disangkakan. Memandang kabut-kabut dihadapan membuatkan setiap jiwa itu sesak nafas. Bayang-bayang yang kadang-kadang samar-samar melambai-lambai. Mata terpaksa dikecilkan dan anak mata membesar, untuk fokus, mentafsir pemerhatian itu. Setiap langkah yang dituntun itu, penuh dengan keraguan, pasti ada desiran-desiran angin yang membuahkan kesangsian dalam hati. Sentiasa terbayang akan kejatuhan, walau pada tapak langkah yang pertama.



Tergelincir pada saat-saat seterusnya, tidak sekali-kali membuatkan kepala berubah arah dan pandangan terlepas dari memandang terus ke destinasi. Walaupun jarak masih jauh dan sebelah kaki sudah tersadung di balik akar-akar pokok hutan, mata terus nekad memandang ke hadapan dan mengheret kaki di belakang dengan sepenuh kekuatan.

Saat-saat kejatuhan itu, telah menghilangkan kesemua semu yang selama ini membelenggu. Sudah tiada ragu. Sama sekali tiada keraguan. Langkah demi langkah mula disusun dengan lebih kemas dan teratur. Mata itu tetap sama, memandang dengan tekad yang sempurna.

Tenang. Terasa dunia ini jauh lebih tenang selepas mengenal islam. Motivasi yang diterima membuatkan segalanya nampak tenang kerana sangat yakin dengan ketentuan ilahi itu terbaik untuk semua. Ruang untuk walau sedetik keraguan sudah lupus. Segalanya tampak baik dan meyakinkan. Mata tadi tidak berubah, dan kaki umpama terbang. Jika jatuh, pasti disertakan dengan senyuman dan titisan air mata kegembiraan. Hati ini kaya dengan kasih sayang kepadaNya dan sangkaan baik yang tidak dapat ditipu oleh hasutan-hasutan si pencaci.

Aku yakin, semua ikhwah merasai detik-detik dan langkah-langkah itu, sebelum mampu melangkah dengan gagah sekarang. Detik-detik penuh zulumat itu, dirasai sebelum merasai kemanisan hijrah. Sesungguhnya Allah menyediakan taufiknya kepada setiap insan, dan kita memilihnya.

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam,

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul,

dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."

(Takwir 81: 27-29)

Ketahuilah ikhwah akhwat sekalian. Kita semua sama di sisiNya. Tiada senioriti dalam dakwah, hatta jika anak ikhwah sekalipun. Sifat inferior mu itu tidak ku terima sama sekali.

Yang memberi hidayah itu, bukan ayah atau ibu, tapi Allah. Si ibu dan ayah mungkin ada yang berusaha segigih mungkin, ibarat Nabi Allah Nuh dan anaknya, namun hidayah itu tetap milik Allah.

Membandingkan kedudukan kita, seolah-olah mempersoalkan usaha si anak ikhwah ini dalam mujahadah menentang syaitan dan hawa nafsunya. Medan kita berbeza, tapi keduanya sukar. Hadirnya mereka hari ini adalah hasil pertarungan, seperti juga dirimu. Antara mereka, sama juga seperti lingkunganmu, cuma zahirnya berbeza. Ada yang gugur dalam teriakan dan ada yang berjaya dalam senyuman.


Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu



Tiada senioriti dalam dakwah

Itulah sistem nilai yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita semua. Dengan islam, Abu Sufian dan Bilal setaraf. Dengan islam, Abu Dzar ditegur Rasulullah atas penghinaan (bukan dengan sengaja) ke atas Bilal. Sedangkan di mata jahiliyyah, Bilal hanya layak menjadi seorang hamba, yang menuruti apa sahaja permintaan mereka.

Kepada mereka yang bukan anak ikhwah, dan menjadikan itu sebagai alasan, merupakan suatu jenayah yang tidak boleh diterima. Sejarah Nabi Ibrahim menunjukkan contoh kepada kita. Seorang anak kepada Penghulu Penyembah Berhala, tetapi meneruskan dakwah ini tanpa menghiraukan caci maki kaum yang kecewa.

Kepada anak-anak ikhwah, pengalaman hidupku mengajarkan suatu kepahitan yang tak tertanggung lagi. Tidak ramai yang seperti kita, yang masih tidak jemu dengan islam, yang mampu meneruskan perjalanan dakwah yang panjang ini. Seharusnya, menjadi sebahagian daripada keluarga dakwah yang besar ini, sejak nafas yang pertama itu, menyebabkan beban yang dipertanggungjawabkan di atas bahu kita itu makin berat. Sudah bertahun-tahun lamanya kita berada di atas jalan dakwah, sudah pastinya sudah beribu-ribu mad'u disantuni kita dan semakin banyak jiwa yang inginkan islam kerana tangan-tangan kita. Sepatutnya.

Ikhwah akhwat sekalian, sesungguhnya segalanya ini merupakan suatu suratan yang bukannya terletak di tangan kita untuk menentukannya. Kita boleh lakukan sesuatu untuk memastikan anak-anak kita tidak merasai kepahitan yang sama, baik anak ikhwah mahupun tidak.

Dirikanlah baitul muslim mu. Dan telitilah setiap binaan di bawahnya, agar yang tinggal itu bukan teori, tetapi sebuah hasil yang akan sentiasa berbuah. Seriuslah bekerja untuk Allah. Jangan pandang keluargamu sebelah mata sahaja.




~~*~~

Kepada mereka yang tidak terlibat dalam kancah ini, seribu kemaafan dipohon. Semoga post-post berikutnya bermanfaat untuk kalian.

Post ini tidak ditujukan khusus untuk mana-mana pihak. Sekadar menyahut suara-suara sumbang yang lalu di telinga sejak sekian lama.

"Akhi, nta anak ikhwah, boleh la"



6 comments:

Anonymous said...

sedikit sebanyak ana setuju pandangan nta. post ini juga ana tujukan juga buat sahabat ana yang turut melalui fasa-fasa ini.insyaAllah

Abu Khalid said...

lupa nak tulis

Ayah dan mak ana, dua-dua bukan anak ikhwah...

renung-renungkan

sekian terima kasih

Satu wing KMNS said...

the very truth.. thanks bro.. :)
waktu mak & ayah kepada mak & ayah nta, gelombang ikhwan masih samar2 lagi di Malaysia..tapi alhamdulillah, mereka telah melahirkan ikhwah-akhawat yang hebat dan melahirkan nta, seorang ikhwah yang juga hebat insyaAllah..:)

Satu wing KMNS said...

the very truth.. thanks bro.. :)
waktu mak & ayah kepada mak & ayah nta, gelombang ikhwan masih samar2 lagi di Malaysia..tapi alhamdulillah, mereka telah melahirkan ikhwah-akhawat yang hebat yang akhirnya dgn baitul muslim melahirkan nta, seorang ikhwah yang juga hebat insyaAllah..:)

Abu Khalid said...

Cis...

Siapakah lembaga ini?

Julaibeeb ke?

Welcome akhi... ahlan ahlan...

Julaibeeb said...

hehe..dah kantoi pulak..:P yup, saje gne anonymous..cepat je nta dapat jawab teka-teki.. ske jenguk blog nta ni.. dah konfius nta ambil syariah ke biomedic cam ana..:S hehe.. kirim salam kat ayep master hematologi upm.. :)

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]