Friday, October 9, 2009

Aku masih mampu tersenyum





Sedang aku membiarkan status YMku sebegitu, tampil seorang ikhwah gagah dari bumi nippon menyergahku, seorang yang sangat dekat dengan hatiku dulu, kini dan doakan agar ia tetap ampuh selamanya,

Musab sahrim: salam
Musab sahrim: akhi
Muhammad Hussaini: Salam
Muhammad Hussaini:
Musab sahrim: kef haluk
Muhammad Hussaini: bilkhoir...!
Muhammad Hussaini: wa nta?
Muhammad Hussaini: walimatuka?
Musab sahrim: ana hamdalillah..
Musab sahrim: huhu
Musab sahrim: uwaa
Musab sahrim: blom lagi berkesempatan
Musab sahrim: berckp ngn nta
Muhammad Hussaini:
Muhammad Hussaini: takpe...
Musab sahrim: selepas musibah menimpa nta
Muhammad Hussaini: hidup masih panjang
Muhammad Hussaini: dan bukan itu tujuan hidup semata
Musab sahrim: afwan ana x berada di samping nta
Muhammad Hussaini: :D
Musab sahrim: huhu
Musab sahrim: tp ana tau
Musab sahrim: yakin nta tabah dengan ujian ini insyaAllah
Muhammad Hussaini: iAllah
Musab sahrim: dan anta mmg layak untuk diuji...
Musab sahrim: huhu
Muhammad Hussaini: Allahumaamin
Musab sahrim: insyaAllah...
Musab sahrim: camna family skang
Musab sahrim: smue nye ok?
Muhammad Hussaini: Ok
Muhammad Hussaini: iAllah
Muhammad Hussaini: walau dalam mehnah ni, ramai ikhwah akhwat, pakcik makcik yang bantu
Musab sahrim: hamdalillah
Musab sahrim: afwan
Muhammad Hussaini: adik2 ana semua terjaga iAllah
Musab sahrim: ana x mampu wat pape
Muhammad Hussaini: :)
Musab sahrim: sedeyhnye ana
Musab sahrim: huhu
Muhammad Hussaini: Nta mampu doakan ana tsabat seperti nta
Musab sahrim: insyaAllah
Muhammad Hussaini: Kerna ana sedang diuji ya akhi
Musab sahrim: nta akan lebih teguh
Musab sahrim: dlm jalan ini
Muhammad Hussaini: Ana sedang diuji ya akhi
Musab sahrim: ana sayu sangat
Muhammad Hussaini: :)
Musab sahrim: sbb nta la first kawan ana
Musab sahrim: yang menerima musibah ni
Musab sahrim: huhu
Muhammad Hussaini: :)
Muhammad Hussaini: syukran akhi
Musab sahrim: insyaAllah..
Musab sahrim: Allah berikan yang terbaek buat nta akhi
Muhammad Hussaini: terasa keakraban, kehangatan ukhuwwah kita
Musab sahrim: cume nta mesti kuat..
Muhammad Hussaini: iAllah
Musab sahrim: ana akan lebih kuat..insyaAllah
Musab sahrim: spy ana bleh menguatkan nta
Muhammad Hussaini: ana dah rasa bertambah kuat secara tiba2
Muhammad Hussaini: hehehe
Muhammad Hussaini: :)
...bla ...bla ...bla


Sesungguhnya hidup ini mengajar kita erti pengorbanan yang sebenarnya. Dan ia bukan perkara yang mudah. Keperitan yang dihidangkan sebagai ujian itu seringkali menyebabkan kita bertoleh arah. Keasyikan yang disajikan kerapkali melalaikan kita daripada fokus kita itu. Alangkah sukarnya bernafas dalam diri hamba ini (UNIC, 2008). Kita terpaksa berkorban untuk mengharungi segala cubaan. Korbankan masa, korbankan rehat, korbankan kesenangan, dan korbankan jiwa kita ini. Korbankan perasaan, andai perasaan itu membawa kita kepada penderitaan yang lebih pedih.

Terus terang, aku berasa sangat tabah semenjak kehilangan ibuku, ummi. Aku telah melakukan yang terbaik untuknya, hingga saat-saat akhir itu. Pada pengebumiaannya juga, aku masih mampu tersenyum. Kerna aku tahu, ummi meredhaiku, dan melihat betapa ramai sanak-saudara, rakan-rakan, anak-anak murid, mutarobbi-mutarobbi yang pernah merasai bahang kasih-sayangnya itu, insya-Allah, aku yakin ummi akan ditempatkan di jannah. Dan aku akan sentiasa mendoakan begitu...

Aku kembali ke kehidupanku. Yang semestinya sedikit kosong, namun cawan ini masih ada air-air yang boleh dimanfaatkan, ia tidak boleh dibuang lagi. Hati ini seteguh gunung, kerana aku ingin membangkitkan busut-busut dan bukit-bukit kecil...

Hari ini, aku seakan terbangun dari lenaku. Ummi tiada lagi. Setiap senggang waktu kosongku, terngiang-ngiang suara nyaring itu. Terasa lembut belai kasih. Sumbangsih kata-kata dan lagu-lagu "Menunggu anak raja" tidak dapat aku lupakan. Hati ini menangis perlahan-lahan...

Aku bukan bermaksud untuk bermain perasaan. Tapi tidak pernah aku sangka, perasaan tabahku itu, dalam diam-diam, hari demi hari menyimpan kerinduan... Hatiku seakan-akan diramas-ramas...

Semenjak kehilangan orang paling rapat dengan ku itu, yang setiap hari berbicara denganku. Bercerita perkara suka dan sedih. Hal yang enak didengar hingga hal-hal yang aku ingin lari darinya. Hingga aku tidak sedar pemergiaannya, betapa sebatinya ummi dengan hidupku ini. Kini, baru ku sedari. Mendengar nasyid-nasyid tentang ibu, bukan menenteramkanku, malah membuatkan kerinduan ini semakin membunuh. Lalu, bisakah aku temui penawar itu?



Sahabatku,
Sayangilah kedua ibu bapamu selagi masih nyawa dalam kantungnya
Jangan zalimi mereka
Mereka juga butuh kasih sayangmu
Jangan kau hanya hargainya ketika tiada
Ketika subuh yang terakhir itu...

Terima kasih kerana mendoakanku.




~~*~~



Hussaini
9 Oktober 2009
Mencari ruh yang hilang

3 comments:

zahidzuhri said...

moga diberi kekuatan kepada enta untuk terus tabah menghadapi ujian ini...amin...

atie said...

Salam Husaini,

Semoga tabah menghadapi dugaan kerana adik2 sangat perlukan abangnya.. kami selalu ada kalau kalian memerlukan kami..

kirana_ieman said...

Moga diberi kekuatan dalam menempuh dugaan ini.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]