Liku-liku dalam tarbiyyah ini sangat mengasyikkan. Bagi mereka yang menghayatinya, akan terasa manis yang amat. Akan berbekas dalam jiwa mereka indahnya tarbiyyah, indahnya islam. Lantas, akan terlahirlah individu-individu hebat itu.
Telah berkata seorang ustaz;
"Apabila ana melihat wajah-wajah rakan ana dalam usrah, ana seakan sedang memandang sahabat-sahabat Ar-Rasul s.a.w."
Ikhwah akhwat sekalian,
Terasakah ntum akan bahangnya? Begitu hebatnya islam dalam membentuk jejaka-jejaka emas ini. Hanya mereka yang serius bersama, akan dapat merasainya.
Aku sedikit demi sedikit memahami kata-kata al-ustaz. Bilaku diam-diam merenung wajah-wajah mereka ini, mengetahui kisah-kisah hidup mereka yang semakin mencerah setelah beramal ini, aku semakin memahami maksud di sebalik kata-kata yang pendek itu.
Aku dapat melihat ciri-ciri Usman ibn Affan pada diri MAI.
Aku dapat melihat ciri-ciri Al-Bara' Ibn Malik pada diri MHK.
Aku dapat melihat ciri-ciri Ikrimah ibn Abi Jahal pada diri MAB.
Aku dapat melihat ciri-ciri Muaz ibn Jabal pada diri MHA.
Aku dapat melihat ciri-ciri Abu Bakar As-Siddiq pada diri MSAH.
Aku dapat melihat ciri-ciri At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi pada diri TMT.
Aku dapat melihat ciri-ciri Khalid Al-Walid pada diri ABG.
Aku dapat melihat ciri-ciri Abu Ubaidah ibn Jarrah pada diri 3MS.
Aku dapat melihat ciri-ciri Amr ibn Jamuh pada diri MNZJ.
Aku dapat melihat ciri-ciri Mus'ab ibn Umair pada diri HAA.
Bestnya islam, Syoknya Tarbiyyah...
Izinkan aku berkongsi salah satu kisah yang mengesankan aku sepanjang berada di medan ini:
Kisahnya bermula dengan aku dan seorang sahabatku, TMT bertolak ke Nilai atas permintaan seorang ikhwah ini. Aku pergi ke sana dengan menaiki kereta, manakala TMT menaiki kenderaan berjenama KTM. Kami berkumpul di sebuah tempat di Nilai, menunggu usainya perbincangan sahabatku HAA dan barisan mutarobbinya.Sebelum operasi dimulakan, sekitar jam 1 pagi, aku dan TMT, mendengar permintaan penuh sahabatku itu. Mendengar setiap kata-katanya, kami tergamam. Hampir menitis air mata ini."Bagaimana akhi? Boleh tak tolong ana ni?""Insya-Allah akhi, untuk nta akhi", balasku, takde la selamba sangat. Penuh penghayatan di situ."Kalau macam tu, biar ana dan Afifi (mungkin nama sebenar) yang pandu dahulu ke sana, nanti masa balik nanti, minta tolong nta dan TMT ya...", pinta HAA."Insya-Allah akhi"...Kami masuk ke tempat duduk belakang kereta, dan tidak lama kemudian Afifi masuk ke dalam. Dengan penuh senyuman, Afifi bertanya, "Ntum pun nak ke Johor ke?""Hehe", kami berdua sekadar senyum kambing. Seakan-akan mengiayakan soalannya. Biasalah, murobbi ni kerjanya bagi tanda-tanda je, tak payah jawab soalan pun takpe.Sepanjang perjalanan ke Muar itu, aku dan TMT tidur seenaknya, kerna ada tugas lain menanti kami kelak. Sampai di rumah Afifi di Muar, ibu dan bapa Afifi pelawa kami masuk untuk berbasa-basi dan minum-minum. Waktu itu, sudah jam 3.30 pagi.
Sambil HAA berbual panjang, aku dan TMT minta izin untuk membasuh muka dan bertahajud, sayang jika tidak digunakan peluang itu. Selepas itu, kami semua saling kenal-mengenal, taaruf mengikat ukhuwwah. Afifi penuh kegembiraan dapat balik bertemu ibu dan ayahnya. Terpancar di mukanya cahaya-cahaya riang itu.Kemudian HAA berkata, "Makcik Pakcik, kami minta diri dulu, esok kami ada hal di KL, jam 7""Balik KL? Bukan balik JB ke?", sedikit terkejut terlukis di wajah mereka."A'ah, bukan ke abg HAA kata yang abg akan ke JB?", Afifi menyibuk mencelah."Sebenarnya memang plan asalnya begitu, dan saya pun dah janji pada Afifi untuk hantarnya pulang. Alang-alang on the way. Tiba-tiba kami kena beri ceramah pula pagi esok, jadi saya batalkan hasrat saya pulang kampung""Tapi saya dah janji pada Afifi untuk hantarnya pulang. Saya datang sekarang ni untuk hantar Afifi, lepas ni, MHK dan TMT akan pandu terus ke KL.""Abg datang jauh-jauh niuntuk hantar saya je?", mata Afifi berkaca-kaca. Tak mampu aku gambarkan emosi dan keadaan pagi yang segelap zulumat itu. Aku dan TMT tabah dengan senyum kambing kami lagi."Ya Allah, terima kasih banyak-banyak ye nakkk...", Ibu Bapa Afifi tak mampu nak cakap banyak, suara mereka terlekat di halkum yang basah, menahan sebak.Dari cermin sisi kereta, aku melihat keluarga itu melambai-lambai dengan penuh sentuhan perasaan. Jiwa kecilku ini, tidak dapat menahan keterharuan akan indahnya akhlak sahabatku yang begitu menepati janjinya. Yang pastinya dilakukan atas dasar kasih sayang... Kasih sayang kepada saudara seislamnya...
Bestnya islam, Syoknya Tarbiyyah...
No comments:
Post a Comment