Friday, September 18, 2009

Berlabuhnya tirai itu


Ramadhan kali ini mengajarkan aku erti pengibadahan yang berbeza. Kenikmatan, kepuasan dan ujian yang disediakan untukku agar pembaikan itu berlaku.

Andai ditanya, apa pengajaran terbesarku, ini jawapannya:

"Seandainya ia menemukan hakikat tentang sesuatu, maka hakikat itulah yang berbicara dan ia tidak perlu membuat pengakuan."

"Apabila anda melihat Ja'maah yang banyak bicara, maka pembicaraannya itu merupakan bukti tentang koleksi amalnya yang kecil."

Aku terpaksa mengharungi tarbiyyah bertahun-tahun untuk memahami maksud di sebalik kata-kata ini. Berbuku-buku buku-buku ditelaah untuk mendapatkan ma'nanya. Semoga kita sama-sama mendapat maksud sebenar kata-kata Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid ini.

Tahniah kepada beliau yang telah berjaya mendidik jiwaku melalui kesemua karya penulisannya.

Tidak sabar untuk belajar dan perjuangkan ilmu baru pula.

Taqabbalah hu minna waminkum!

1 comment:

ProfHussaini said...

Jangan ditanya peranan Sang Murobbi dalam pencerahan ramadhan ini.

Sudah pasti amat besar sahamnya, mengharungi pagi-pagi itu bersama, juga membantuku melawan nafsu gajah dalam diriku ini.

^-^

Selamat Hari Raya kepada SEMUA!!!
Selamat kembali kepada fitrah insani.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]