Thursday, September 3, 2009

Kemanusian Manusia



Usai membeli buku-buku di FIB semalam, ana berkesempatan iftar di Masjid Jamek, KL. Masjid yang sangat old-school. Dan yang paling menarik ialah, masjid itu tidak pernah lengang dari pengunjung, baik muslim mahupun non-muslim. Masjid tua di celah-celah Kuala Lumpur ini banyak menyimpan nostalgia. Dan semalam, sangat ramai yang berbuka bersama di sana. Juadahnya.... ~Wah sangat lumayan...

Tidak cukup dengan air mineral dan nasi daging masak kurma + ikan masin, ada bubur lambuk, pisang, kurma mariami, kurma dam, air oren, air limau lagi. Semoga Allah memberkati insan-insan yang menyumbang buka puasa kami ini,,, dan ketahuilah bahawa mereka mendapat pahala puasa kami semua yang berbuka di sana (kira-kira 100 orang) tanpa dikurangkan sedikitpon,,,

Namun, sambil membaca buku sedang menunggu membuka, ana berasa sangat terkilan melihat 'akhlak' pengunjung-pengunjung masjid ini. Seolah ana dibentangkan hadis Ar-Rasul::: "Jika tidak malu, berbuatlah sesukamu"

Ada yang selamba sahaja ambil pisang dari pinggan sebelah, kerana dia dah makan pisangnya sendiri (jam 645 petang). Ada yang datang, ambil makanan orang di sebelah dan diletakkan dalam beg. Kemudian tunggu seperti yang lain-lain juga. Ada yang sangat lapar dan ambil sebanyak-banyak-banyaknya makanan, dan akhirnya membazir. Dan yang paling ramai ialah, selepas makan terus pulang ke tempat masing-masing tanpa menoleh kepada jemaah yang berkerumun nak solat magrib. Terkedu melihat dakwah mereka yang berharap dapat menarik hati mereka berjamaah ini... Namun disambut dengan dingin, tanpa ruh islami.

Lantas ana teringat akan perkongsian kami ikhwah di rumah tentang buku Maalim fit Toriq karya Syed Qutb. Bab 1: Petunjuk Sepanjang Jalan. Akhirnya Syed Qutb telah berkata bahawa masa depan itu pasti milik islam, kerana hanya islam yang mampu menjadikan manusia itu manusia! Kerana ia agama modul, agama fitrah. Ia seiringkan manusia dengan Pencipta, manusia lain dan alam...

Tamadunnya tamadun bukan kerana majunya ia, tetapi bagaimana islamnya ia
Manusianya manusia bukan kerana kepandaian atau kecantikan, tetapi keislaman

Namun,
MANUSIAKAH KITA?
ADAKAH KITA BERAMAL DENGAN ISLAM?
ATAU KITA AKAN TERUS DIPANDANG JELEK?

Ikhwah akhwat sure dah jadi manusia kot...
YE KE?
KITA NI DAH JADI MANUSIA?

Termenung ana beberapa ketika, saat semalam dalam kemelut ummah ini. Ana gusar, andai kita yang dalam tarbiyyah ini juga tiada beza dengan mereka yang lain, yang ingin kita dakwahin. Dan ana takut, dengan tidak berlandaskan iman dalam melaksanakan amal islami, tanpa taqarrub ilallah, kita ini umpama robot dakwah tanpa hati dan akal. Takut andai kita ini hanya jadi hamba yang tidak bebas, menjadi hamba kepada naqib, bukan Allah!!!

Dan bila naqib dan ikhwah lain menjadi ilah kita, kita akan perhatikan betapa tidak islaminya amal kita. Kita akan lihat ikhwah akhwat yang mengabaikan hak ibu bapa mereka. Balik rumah dua tahun sekali, tapi jenguk ibu bapa pun idak. Sibuk dengan amal dakwah, kata mereka. Jangan terkejut jika ada ikhwah akhwat yang menengking ibu bapa mereka sendiri. Yang bermasam muka dan mencemih. Kita akan lihat ikhwah akhwat yang tidak kenal ajk surau setempatnya. Kita akan lihat ikhwah akhwat yang tidak pernah mempedulikan jiran tetangganya. Tidak pernah bertegur sapa dengan anak-anak yang bermain di depan rumah mereka, sedang mereka kata mereka dakwah kerana Allah, berdakwah kepada Allah... Tak perlu ana sebut satu-satu...

Semua orang patutnya dah jelas bab ni,,,

Akademik kita, cara kita memandu di jalan raya, cara hidup kita, makan kita, hubungan dengan rakan-rakan kita, dengan famili kita, dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita, malah dengan suami atau isteri, dengan anak-anak kita, kerap kita abaikan... Tapi depan ikhwah akhwat bukan main baik lagi...

Tidakkah kisah-kisah para sahabat Ar-Rasul menjadi pengajaran buat kita?

Macam ni ke nak jadi khalifah?




5 comments:

ana said...

Subhanallah!

hal ini sering bermain difikiran ana sejak bertatihnya ana mengenal tarbiyah.

dari pembentukan demi pembentukan..dari pembinaan demi pembinaan oleh murabbi kita... kita teracu dengan manhaj tarbiyah..cukup cantik dan kemas sekali ..

namun jangan biarkan apa yang kita lalui itu hanya sekadar kulit ...jangan seperti hanya cat di atas batu kapur..menutup diri dari kotor2 jahiliyah..

sebab kelak warnanya akan luntur..sebaliknya sibghahkan acuan Allah dalam diri ibarat kain yang dicelup dengan warna hingga ke zarah benang sebatinya warna...

bicara amat mudah...namun, segalanya perlukan mujahadah dan hakikatnya muhasabah... dan semestinya ia membutuhkan masa...

rendahkan hati dan hayati ikhlas dalam beramal ..buahkan dalam akhlaq..mohon padaNya..

itulah pentingnya muhasabah !

terus berusaha..berusaha dan berusaha memperbaiiki diri ...

hari ini harus lebih baik dari semalam!

Abu Khalid said...

Setuju

Berat sebenarnya ana nak tulis artikel ni, tapi sangat perlu

Dan bila ana selesai menulisnya, ana tergamam,

Dengan akhlak dan peribadi sebegini, mampukah ana membimbing ummah?

Anonymous said...

ya..
tak kurang juga dengan ikhwah dan akhwatnya yang ikhtilat sesama mereka. kata berprogram islami, menyampaikan dakwah, tapi mengapa ada perhubungan yang tak perlu? kenapa dengan ramahnya bertegur dan bersapaan...? bicara bertentang mata, bersuara mesra. di mana ghodul bashar? kenapa tak dijaga adab dan syarak? kita ingin menyeru orang kepada syarak, jangan sampai kita yang melanggarnya.

katanya mahu dakwah, membina individu muslim. kemudian memanjat tangga baitul muslim. haruskan dengan cara yang sehingga mengabaikan tatacara ikhtilat? sms, malah panggilan telefon yang tak perlu. ikhwah dan akhwat kah itu?

ada juga di sana ikhwah dan akhwat yg tiada beza dengan orang awam sekeliling.. apabila bersama rakan sekerja atau seiapa saja di luar lingkungan 'orang tarbiyah', serta merta dia berakhlak tak ubah seperti 'orang awam' juga. sekian lama dengan tarbiyah, masih dibelenggu playstation, dvd-dvd, malah dendangan-dendangan lagu yang melalaikan.. masih melayari laman sesawang yang tidak patut diluncuri seorang akh atau ukht. dah cukup ikhwah akhwatkah mereka ni?


wah, jika disusun tentu panjang senarainya. namun setelah puas menyenaraikan,setelah puas kita nasihat, mungkin harus kita tepuk iman di dada lantas tanyakan kepada diri dan semua mereka;
"bukanke ikhwah akhwat juga manusia? pernah jahil, malah kerap terlupa? pernah bodoh dan berdosa?"

berlaku ihsanlah. nasihatilah dengan hikmah. malah kita semua mendengarkan dan seharusnya menerima dan teruskan mengubah apa yang perlu diubah pada diri, sekaligus mengajak yang lain. ketahuilah, tarbiyah jahiliah jauh lebih besar jaringannya...

sekadar tambahan.
wassalam.

ana said...

pertama kalinya ucapkan Alhamdulillah kerana terbuka hati terlintas ilham darinya bagi menyedari hakikat ini dan berkongsikan tentangnya..

ya amat perlu bagi seorang daie itu menyedari perkara halus ini..

cukup saja surah as-saff ayat kedua menggentarkan hati si daie..

" Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"

Inilah indahnya tarbiyah dan dakwah..kita terbina dan kita membina..yang mana kitaran perniagaan ini berpulang untung syurga buat kita jua..

syurga akhi.. mahal harganya..

dengan itu terus dan terus ditarbiyah dan mentarbiyah...

perkemaskan akhlaq andai disitu diragukan kesempurnaannya.. dari waktu kewaktu..ia membutuhkan masa dan sabar..ingat, buah kesabaran itu besar nikmatnya..

dan untuk perkemaskan akhlaq perhalusi Ar-Rasul sebagai qudwah..dapatkan ilmu dan amal
..

terkadang kita sarat dengan ilmu..sarat dengan bahan bacaan..namun tak terbuah dengan amal..tak terbuah dengan qudwah..itulah yang akhirnya mengasak diri kita sendiri..

kemampuan lahir dari mahu!

selagi anta mahu membimbing ummah
mahu sepenuh hati
mahu tegakkan syahadatain dalam diri
mahu ummah diselamatkan

maka anta MAMPU lakukannya dengan izin ALLAH..

Mohon padaNya agar diberikan jalan dan tsabatkan diri dalam jalan ini..

no turning back or stop..koma (,) boleh :)

kembali perjelaskan matlamat tika terbit pelbagai persoalan dijalan ini..

akhirnya ucapkan berkali-kali Alhamdulillah

kerana KITA terpilih olehNya untuk mendukung warisan risalah Ar-Rasul ini!

dimanakah umar al khatab dizaman ini?
dimanakah abu bakar dizaman ini?
dimanakah salehuddin al ayubi dizaman ini?

ada dalam diri kita andai kita berusaha membentuk peribadi-peribadi unggul tersebut dalam diri kita!

ayuh mujahid! kita ada tugas! jangan tangguh !

wallahualam

Abu Khalid said...

Jzkk atas perkongsian

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]