Petikan kertas i'lam Hassan Al-Banna yang menyentuh perasaan Syeikh Farag Naggar untuk bersama Ikhwan Muslimin:
“Ad ‘u ilaina ad-dunya, faqad abramaha amran. Wa ajmak alaina an-nas, fasanatlu alaihim min ladunna zikra. Sanatub al-Marid bi dawaa-ina, wa nanfakh fil jiban min ruhina. Summut uzunud dunya, in lam tasmak lana. ALLAH GHAYATUNA, AR-RASUL ZAIMUNA, AL-QURAN DUSTURUNA. AL-JIHAD SABILUNA. WAL MAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA“(Kamu ajaklah seluruh dunia kepada kami, nescaya kamu dapati kami mempunyai sesuatu perkara yang mesti diperjuangkan. Berhimpunlah manusia disekeliling kami, nescaya kami akan mengumandangkan peringatan kepada mereka. Kami akan merawat pesakit dengan ubat kami dan kami akan meniupkan ruh kami di dalam tubuh badan. Tertutuplah telinga dunia sekiranya ia tidak mendengar apa yang ingin kami sampaikan. ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PEMIMPIN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI, MATI DI JALAN ALLAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI)
Dengan izin Allah, kerna kertas kecil ini, Syeikh Farag Naggar telah mewakafkan dirinya kepada Islam dan Dakwah sepanjang hidupnya, mulai berumur 15 tahun hingga 86 tahun.
Ya ALlah, Kau izinkannya tsabat di jalan ini selama 71 tahun...! Betapa cemburunya aku...! Tidak tertahan pula cemburunya aku akan apa yang bakal diperolehinya di akhirat kelak...!
Para da'iyat sekalian, teguhkan usaha kita menggapai jiwa-jiwa yang memerlukan sentuhan dan ubatan-ubatan ini. Kita tidak rela melihat jiwa-jiwa ini tumbang satu demi satu di hadapan kita. Jadilah tabib yang tidak kenal erti rehat dan tidak pernah memandang ringan setiap perbuatannya, walau sekecil mana...
Kerana kita tidak tahu, sentuhan mana yang akan mengubat luka mereka...
Kerana kita tidak tahu, kata-kata mana yang akan menyemarakkan semangat mereka...
Kerana kita tidak tahu, walau kertas kecil itupun, akan merubah ummah ini seluruhnya...
Hanya Tuhan yang tahu,,,
Di hati itu,
Hanya Allah yang tahu...
Selebihnya, boleh rujuk Blog Ustaz Halim...
No comments:
Post a Comment