Tuesday, December 2, 2008

Berasmara Hanya Bawa Masalah?


ABUJA: Hubungan seks hanya 'kenikmatan sementara' yang mengundang lebih banyak padah daripada faedah, kata pemimpin buangan Tibet, Dalai Lama.

Beliau juga menganggap komitmen kepada keluarga dan pasangan sebagai halangan mempunyai minda yang tenang.

Berikutan itu, pemimpin itu menganggap tindakan menjauhi seks atau mempunyai pasangan sebagai lebih berfaedah kerana memberi banyak kebebasan.

Baginya, tindakan menjauhi seks itu juga mampu memberikan ketenangan fikiran.

"Hubungan seks itu boleh mencetuskan terlalu banyak masalah. Bagi saya, keinginan seks cuma memberikan kenikmatan sementara dan lazimnya membawa lebih banyak masalah daripada faedah.

"Sebagai manusia biasa, pasti ada keinginan untuk seks. Tetapi, gunalah minda dan kecerdikan sebagai manusia biasa untuk membuat penilaian dan menjauhi perkara seperti seks yang hanya mengundang padah seperti bunuh diri atau melakukan pembunuhan," katanya ketika berucap di sebuah hotel di Nigeria, kelmarin.

Beliau tiba sempena lawatan tiga hari bagi menghadiri satu persidangan dan tidak membuat sebarang ucapan politik di negara Afrika barat itu.

"Biarpun pasti ada kekosongan dan rasa sunyi, tetapi seseorang itu pasti dapat menikmati hidup yang lebih bebas dan berdikari.

"Terlalu banyak ikatan atau hubungan dengan anak-anak dan pasangan antara halangan memiliki fikiran tenang." - Agensi [Berita Harian, 2 Disember 2009]



Hurm,


Sememangnya mereka tidak pernah serik-serik melawan fitrah kemanusiaan mereka. Apabila akal menjadi kayu ukur seharian, segala perkara mestilah berteraskan logik. Akhirnya, mereka akan sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan zaman.


Cuba baca buku Masa Depan Untuk Islam (Mustaqbal), karya Sayyid Qutb. Anda akan mendapati bahawa sejarah telah membuktikan, akal manusia, jika tidak dipandu oleh Quran dan Sunnah, akan membawa kepada kesesatan yang nyata. Lihat sahaja zaman kegelapan Eropah, pertembungan antara 2 kelompok pelampau, telah menghasilkan perang yang amat dasyat sekali. Mereka yang mengikut hawa nafsu, memanipulasi bible untuk kepentingan peribadi mereka (Golongan Pope) dan mereka yang menggunakan akal dengan menolak agama (Fahaman Martin Lurther). Yang akhirnya, kemenangan berpihak kepada pelampau akal dan terciptalah sebuah agama baru bernama, Sekularisme. Agama berpandukan hawa nafsu sebagai kayu ukur kebahagiaan.


Namun, Islam tidak begitu. Islam tidak hadir sebagai penentang arus, bukan juga sekadar mengikutnya. Islamlah arus. Islamlah agama fitrah. Islamlah agama, cara hidup yang direka khas untuk seantero alam. Islam tidak pernah menyuruh kita membuang al-hawa. Apatah lagi mengikutnya (Al-Jasiyah:18). Para rasul diutuskan agar kita dapat mengawalnya. Dengan cara-cara disyariatkan.


Apabila seantero dunia tunduk dan patuh pada Allah, dunia ini akan berada dalam fasa yang paling harmoni sekali. Ayuh, mulakan dengan diri anda! Binalah islam dalam diri anda, nescaya anda dapat merasai keenakan dunia. Kerana anda sudah serasi dengan mereka. Kerana akhirnya anda akan tahu, mereka dicipta untuk anda, bukan tugas anda untuk berkhidmat demi mereka...! (Al-Baqarah:29)


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa maksudnya bukan tugas kita untuk berkhidmat untuk mereka? Bukankah kita khalifah, sebagai pentadbir alam ini? Seharusnya kitalah yang perlu berkhidmat kepada mereka?


Benar wahai sahabat-sahabatku. Memang kita ditugaskan sebagai khalifah (Al-Baqarah:30). Yang mana Khalifah memainkan 2 penting: Iqomatuddin (Menegakkan ISLAM) dan Siyasatuddunya (Menguruskan DUNIA). Namun kita perlu ingat bahawa, dalam memberikan khidmat itu, BOSS kita tetap Allah. Kita menguruskan dunia kerana ketaatan kita kepada pencipta, bukan kerana kita ingin mengecapi segala kebaikan dunia. Kita diberi gaji dengan segala nikmat di dunia dan bonusnya di akhirat. Namun, apa yang kita lihat sekarang, manusia telah menghambakan diri mereka kepada dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat mengecapi segala kenikmatan di dunia. Sehingga ramai daripada mereka lupa, matlamat sebenar mereka menguruskan dunia, kerana Allah semata-mata.


Lihat semula ayat (Al-Baqarah:29) itu, maka anda akan menyaksikan bahawa Allah telah berfirman "Dialah yang menciptakan segala apa yang di bumi untuk mu (Hingga akhir ayat...)". Kemudian baru ayat penciptaan khalifah diturunkan (Al-Baqarah:30). Jelas di sini bahawa alam ini diciptakan untuk kita, bukan tugas kita berkhidmat untuk mereka, tetapi menjadi tugas mereka berkhidmat untuk kita.


Ayat ini bukan sahaja menegaskan kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dunia, namun ada suatu lagi ayat arahan. Kita seumpama sepasukan Kerani yang berkhidmat untuk syarikat. Apa yang best tentang syarikat ini ialah, segala kelengkapan dalam pejabat dan luar pejabat, segalanya telah tersedia. Barang-barang sekecil stapler hinggalah van syarikat, semuanya telah tersedia, untuk kita. Kita perlu ingat, datangnya kita ke dalam syarikat ini bukannya dengan sia-sia. Ada tugas-tugas harian yang perlu kita selesaikan dan yang pastinya kita perlu mengikut peraturan dalam pejabat itu sendiri, agar ia harmoni. Agar akhirnya Misi dan Visi Syarikat tercapai.


Berkhidmatlah untuk Allah yang Maha Esa... Jadilah tenteraNYA!!!


Bukan menjadi hamba kepada DUNIA!!!


2 comments:

Unknown said...

berkerja dalam syarikat pasti ada gajinya kan?
dan pasti gaji tu berbeza mengikut pangkat.
lagi besar pangkat, lagi besar gaji.

andai gaji itu pahala.
maka pangkat itu amal ibadah.
subhanallah

Abu Khalid said...

Kejar jangan tak kejar akhi...

Fastabikul khoirat!!!

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]