Wednesday, June 22, 2016

Jangan lupa check mileage kereta anda



Aku bukanlah mahir sangat bab-bab jaga kereta ni

Apabila mengetahui ayah kepada seorang sahabatku itu merupakan penjual kereta terpakai, aku terdorong untuk tahu apa tips untuk menjaga kereta.

"Senang je akhi, nta jangan miss walau satu km pun servis!" 
"Satu kilometer pun tak boleh?" 
"Ya, techinical wise mereka dah kaji, minyak hitam dan accessories lain hanya akan tahan sampai tempoh / jarak yang ditetapkan itu sahaja. Kalau boleh servis beberapa puluh kilometer sebelum yang tertera tu" 
"Oh, effect ya bab servis ya ya" 
"Ya akhi, itu aja. Jaga servis semuanya setel, kereta tahan lama insyaAllah"

Aku ingatkan aku dah habis ambil berat bab servis kereta ni.

Rupa-rupanya perkara kecil itu jika dijaga secara berterusan dapat memberikan kesan berpanjangan. Aku muhasabah diriku sehari-hari.

Dalam setiap hari yang ku lalui, melalui tarbiyah ini, aku memahami diri telah dirutinkan dengan pelbagai "amal-amal kecil"

  • Melazimi wazifah pada waktu pagi dan petang
  • Mengerjakan solat berjemaah di masjid pada setiap waktu
  • Mengerjakan solat sunat rawatib pada sesinya
  • Tadarus paling kurang sejuzuk sehari
  • Bacaan doa pada setiap amalan

Rupa-rupanya banyak perkara kecil yang menjadi penyebab kita bertenaga sehari-hari. Menjaganya bukan sekadar suatu bonus, tetapi suatu pemeliharaan diri.

Kata seorang syeikh,

"Tips untuk tsabat? Sentiasakan diri berada dalam doa. Perhalusi perkara itu, hatta masuk ke dalam tandas sekalipun, doa tetap di bibir. InsyaAllah diri akan terpelihara"

Perubahan besar bermula dengan perubahan-perubahan kecil.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


Mari buat Major Service

Hari ini kita sungguh bertuah, berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Setahun berlalu, penantian ini ternyata sangat berbaloi.

Dalam bulan yang mulia ini, biahnya terasa. Bukan sekadar sesama ikhwah akhawat di dalam sistem tarbiyah ini, malah di kejiranan sekeliling kita, dalam media massa, di seluruh dunia, ummah merayakan bulan ibadah ini.

Benar, kita bukan hamba Ramadhan, kita hamba Allah. Namun, aku kira, inilah masa paling strategik untuk kita melipat gandakan amalan kita, agar Ia menjadi kekuatan kita pada bulan-bulan yang akan datang. Agar Ia menjadi suatu semangat, untuk berubah pada tahun-tahun berikutnya.

Bukan kepada siapa-siapa kita menunjukkan semangat dan pencapaian kita pada bulan ini melainkan kepada Allah semata-mata. Inilah bukti kesungguhan kita.

Bulan ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh generasi-generasi sebelum kita lagi. Di kalangan para tabiin ada yang bersiap-siap berbulan-bulan lamanya sebelum Ramadhan, merasakan betapa bulan ini begitu penting dan unik. Ada yang membahagikan tahunnya kepada 3. Bulan Ramadhan, bulan-bulan sebelum Ramadhan dan bulan-bulan selepas Ramadhan.

Jika 'amalan-amalan kecil' kita selama ini itu dikira servis untuk mengekalkan kekuatan kita di atas jalan dakwah ini, bulan Ramadhan ini tempatnya Major Service yang memberikan kita kekuatan yang lebih besar lagi.

Dengan biahnya
Dengan ganjarannya
Dengan pelbagai peluangnya

Dan di dalamnya ada satu malam yang paling istimewa! Lebih istimewa berbanding malam pertama.


10 Malam Terakhir bukan untuk persiapan hari raya

Ikhwah akhawat yang aku kenal, bersiap untuk Ramadhan, bukan untuk hari raya.

Pada malam-malam terakhir inilah, isteri ditinggalkan (lagi bagus kalau dapat bawa bersama ke Masjid, sama-sama iktikaf tapi kalau susah nak jaga anak-anak, iktikaf kat rumah pun ok)

Pemburuan dijalankan beramai-ramai. Masjid-masjid penuh dengan penggerak-penggerak dakwah. Fuh rindu sungguh aku dengan fenomena itu.

Tahun ni terasa nak iktikaf di Masjid Putrajaya macam biasa.

Moga kita kekal ikhlas, moga kita kekal tabah, moga kita kekal beramal di jalannya.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]