Wednesday, October 15, 2014

Perlukah kita peduli tentang Non-Muslim di atas tanah Melayu Islam ini?


KUDATA (KUliah DAlam KereTA) oleh Sheikh Muhammad Hameed Elawa

Dalam perjalanan berjumpa dengan Harry Fear semalam (7 Januari 2014), kami terserempak dengan Syeikh Muhammad. Bersama kami, Syeikh Muhammad bermuayasyah dengan kami dan menjawab persoalan-persoalan yang selama ini tersimpan di dalam benak pemikiran kami.

Pelbagai soalan ditanya, dari hal keluarga (banyak datang dari Syeikh Muhammad) sehinggalah kepada hal-hal dakwah dan jemaah. Kebetulan pula yang berada kereta pada waktu itu merupakan penggerak jemaah dalam Aqsa Syarif. 

*Ana mohon maaf jika penjelasan ini tidak seutuh mana kerana pada waktu ini ana lah yang menjadi driver. Aiman Zin memaksa ana menulis penjelasan ini kerana entah kenapa. Kekurangan penulis dalam memahami bahasa arab dengan sempurna juga dikhuatiri akan mengganggu kesahihan fakta-fakta ini. Moga dapat kebaikan dari penulisan yang ringkas ini.

***

Menjawab isu semasa:

Mari kita sama-sama belajar dari Surah Al-Mumtahanah, ayat 8;

“Allah tidak melarang kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”

Dalam ayat ini, jelas tiada larangan dalam berlaku adil kepada kufar selagi mana mereka tidak mengancam kita (Bunuh atau halau). IKRAM melakukan perkara yang baik yang tidak bertentangan dengan prinsip asas islam.

Di sana, apabila berhadapan hidup dalam masyarakat di Malaysia adanya konsep kejiranan (jar)

Ada 3 jenis golongan:
1) Kerabat (Keluarga)
2) Muslim (Berjiran dan tak berjiran)
3) Non Muslim (Berjiran dan tak berjiran)

Dalam hal kejiranan ini adanya keutamaan yang perlu diberikan.

Pertama tentunya kepada keluarga

Kedua kepada muslim yang berjiran dengan kita

Ketiga kepada non muslim yang berjiran dan muslim yang tidak berjiran diletakkan pada hieraki keutamaan yang sama

Keempat kepada non muslim yang tidak berjiran (penulis: Kerana islam itu sifatnya rahmatan lil alamin)

Islam memelihara hak kepada setiap satu daripada mereka.

Rasulullah juga menjaga hak kaum Yahudi di Madinah. (Penulis: Secara peribadi dan adanya perlembagaan yang menjaga mereka)

Dalam berhadapan dengan orang-orang yang menentang dakwah ini, ingatlah bahawa Rasulullah merupakan pendakwah dan perjuangannya tidak pernah lekang dari mehnah dan tribulasi.

Namun, dalam berhadapan dengan golongan tersebut (Penulis: Mereka golongan musyrik, bukannya NGO Dakwah Melayu), Rasulullah menunjukkan akhlak yang baik.

Ingatkah kita tentang duri-duri dan halangan yang diletakkan di sepanjang jalan Ar-Rasul setiap hari? Ianya berterusan saban hari sehinggalah pada suatu hari, duri dan halangan tiada lagi.

Ia membuatkan Rasulullah tertanya-tanya dan pergi menziarah orang yang selama ini konsisten meletakkan duri tersebut.

Rupa-rupanya beliau sakit, dan Rasulullah melayannya dengan sangat baik.

Beliau akhirnya mengucapkan syahadah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]