Saturday, April 26, 2014

Kasihan...

Kasihanilah mereka.

Siang dan malam, 24 jam, 7 hari seminggu, sepanjang tahun mereka mencari-cari dan salah kita. Soalnya mengapa?

Mengapa mereka sangat bersungguh-sungguh mencari dan mewarwarkan aib organisasi dakwah? Mengapa mereka menyerang bertubi-tubi usaha segala yang dilakukan ini?

Ada 2 kemungkinan. 

1) Organisasi ini yang sebelum ini bersama mereka, sangat difahami ruang-ruang kekurangan dan kecacatan amalnya. Mungkin juga matlamat, misi dan Visinya juga terseleweng sama sekali.

Maka jika kerana inilah sebabnya, ada 2 pilihan yang perlu dibuat oleh aktivis. Samada meneruskan usaha yang gagal dilaksanakan oleh orang yang terdahulu (termasuk golongan yang tercicir) untuk melaksanakan islah organisasi atau meninggalkan gerakan ini dan berkhidmat dalam kenderaan lain. 

2) Jauh dalam hati mereka, mereka merasakan apa yang mereka buat, dengan keluar dari gerakan itu merupakan kesalahan yang sungguh-sungguh salahnya. Maka, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjustifikasi segala amalan mereka untuk meraih keredhaan manusia.

Mereka gusar, jika ahli sedar hakikat sebenarnya, mereka akan lari. Tarbiyah dan perancangan organisasi mereka juga dibuat seiring dengan niat buruk ini. Akhirnya, ahli yang ditipu pada awalnya, kekal tertipu hingga ke hari ini. Apabila mereka hanya mampu melihat dari satu-satu perkara itu dari kaca mata pimpinan mereka sahaja. Ini namanya doktrinisasi.

Jika ini yang berlaku, bertaubatlah. Kalian hanya membina istana pasir yang hanya menunggu masa air pasang dan ombak bakal meratakan segala binaan itu. Ahli tidak akan selamanya tertipu. Segala fitnah itu umpama meludah ke langit. Akhirnya, muka sendiri yang basah.

***

Kita semua. Hati-hati dalam menangani pelbagai fitnah yang datang. Takut-takut segala amal yang kita buat terbatal semuanya.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]