Sunday, November 10, 2013

Menuju wehdatul Ummah

Hari ini kita mungkin keliru apabila melihat pelbagai gerakan islam seakan-akan serupa

Seakan-akan serupa prinsipnya, cara bekerja, terma yang digunakan, approach yang digunakan...

Semakin hari, innovasi yang wujud semakin menyamai sesama mereka.

Itu merupakan suatu kejayaan kita dalam menyatukan gerak kerja membumikan islam di atas muka bumi ini, mengembalikan hakimiyah Allah di bumiNya ini.

Jika dahulu, di awal dakwah ini dimulakan selepas jatuhnya khilafah, jihad dibuang dari kamus umat islam. Islam diberikan penjenamaan yang batil dan dijuzuk-juzukkan. Pemikiran islam sebagai sebuah agama yang syumul dianggap sebagai suatu bidaah yang besar. Namun kini, semua gerakan memandang dalam konteks yang sama dan bergerak untuk melaksanakannya.

Penyatuan kefahaman dan pendekatan itu suatu petanda kesatuan ummah itu kian mendekat. Di mata masyarakat pula, apa yang dibawa oleh islam tidak lagi asing.

Ianya suatu solusi yang dipertimbangkan oleh masyarakat kebanyakan.

Perjuangan islam itu bukannya suatu perlumbaan menjadi juara, jaguh atau pemimpin dalam konteks yang sempit. Ianya suatu perlumbaan untuk meletakkan islam ini dalam keadaan yang betul pada masa yang tepat.

Dan kita sudah semakin hampir kepada kemenangan.

Kepada ikhwah akhawat yang masih berada dalam kantung-kantung pemikiran 80-an, sedarlah. Lapangkan dadamu. Bukalah fikiranmu untuk saling menerima.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]