Sunday, November 10, 2013

Bintang Dakwah

Para sahabat semua hebat-hebat, agak-agaknya ada isu tak sesama mereka?

Ada.

Ketika mana Rasulullah menawarkan pedangnya untuk para sahabat semasa perang Uhud, semua sahabat berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

Akhirnya Abu Dujana yang mendapatnya. Ia mengikatkan kain merah dan menjulangnya dengan keangkuhan menuju musuh.

Para sahabat berasa terganggu dan mengadu kepada nabi.

Rasulullah menyatakan bahawa dalam berhadapan musuh, perlakuan sebegitu adalah dibenarkan.

*Sumber: Fiqh Sirah

Selesai perang, pedangnya kembali menunduk ke bumi, kembali menjadi insan yang zuhud di sisi ilahi.

***

Berinteraksi dalam suatu jemaah dakwah yang luas, pastinya dengan tarbiyah yang mantap, akan lahir bintang-bintang yang menyinari ummah ini.

Ada yang pandai menulis. Ada yang pandai berpantun. Ada yang pandai nasyid. Ada yang berbakat main percussions. Ada yang berbakat Vlogging. Ada yang berbakat guna DSLR. Ada yang berbakat guna kamera phone. Ada yang berbakat ambil video. Ada yang berbakat berdebat. Ada yang berbakat berforum. Ada yang berbakat kasi taujihat. Ada yang berbakat berpidato. Ada yang berbakat marathon. Ada yang berbakat muayasyah. Ada yang berbakat bola. Ada yang berbakat futsal. Ada yang berbakat memandu. Ada yang berbakat memadu. Ada yang berbakat memasak. Ada yang berbakat decorate. Ada yang berbakat design. Ada yang berbakat bisnes. Ada yang berbakat pengurusan. Ada yang berbakat memimpin. Ada yang berbakat layan budak-budak. Ada yang berbakat layan belia. Ada yang berbakat layan buaya. Ada yang berbakat travelling. Ada yang berbakat cari tiket murah. Ada yang berbakat cakap arab. Ada yang berbakat cakap myanmar. Ada yang berbakat cakap semua bahasa. Ada yang berbakat kaji sejarah. Ada yang berbakat planning. Ada yang berbakat...

Macam-macam lagi.

Tugas kita bukanlah mencerca cahaya kerana berada dalam kegelapan. Namun, jadilah cahaya, bintang yang akan menerangi alam.

*Matahari adalah sejenis bintang.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]