Friday, October 25, 2013

Al-Falaq

Surah Al-Falaq telah mengajarkan kita,

Bahawa kita pasti diuji tatkala kita memilih untuk bersama jalan dakwah ini. Ujian itu pasti, dan Allah akan menguji kita dari segenap sudut yang ada.

Tindakan yang perlu dipilih bukannya untuk mempersiapkan diri dengan persiapan-persiapan teknikal semata-mata, tetapi mempersiapkan diri dan iman, kerana itulah sasaran utama ujian yang diberikan itu.

Persiapan itu perlu dibuat dalam bentuk Tarbiyah jiwa, yang bakal mendepaninya.

Kerana Tarbiyah itu menghubungkan diri dengan pencipta. Pencipta yang mencipta segala makhluk, hatta penjahat yang menjahat.

Kerana Dialah pemegang kunci kebahagiaan. Dialah yang mengurniakan harapan.

Buat mereka yang beriman, beramal dan berjihad.



Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]