Manusia itu kompleks
Manusia itu pelbagai
Manusia itu unik
Mustahil untuk cari manusia yang 100% serupa, manakala begitu senang untuk mencari 1001 perbezaan di antara 2 manusia dengan 180 darjah kelainan.
Untuk bersepakat itu sukar, nak berpecah itu senang.
Bak kata trainer Survival Skill saya,
"Tali jangan potong sebarangan. Nak potong senang, tapi nak sambungkan balik itu mustahil"
Dalam beramal jamaei, kita akan berjumpa dengan ramai orang. Banyak jenis orang.
Tugas kita dalam berjemaah ini ialah berjemaah. Bersatu dan berkumpulan.
Carilah titik-titik kesatuan. Binalah kesefahaman.
Jauhilah pertelingkahan.
Jika kita satu tarbiyah, satu fikrah pun susah nak bersatu. Macamana nak satukan seantero dunia, seluruh alam ini?
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment