Ketika Ikhwan sedang sibuk melawan para Tamarod yang bukan sahaja melawan mereka dengan propaganda penipuan malah menyerang mereka secara fizikal, membunuh sesiapa sahaja di hadapan mereka.
Ketika Hamas sedang sibuk melawan saf hadapan Thoghut Israel Zionis laknatullah. Segala bekalan mereka dihalang. Lifeline mereka dihancurkan. Difitnah dipandang sepi setiap masa. Dihujanji bom-bom berteknologi tinggi.
Ketika Ikhwan di Syria menggadaikan nyawa mereka. Mengorbankan harta benda mereka. Berpisah sekian lama dari sanak saudara. Kebanyakannya, ratusan ribu terkorban di tangan Hizbusy Syaiton.
Ikhwan seluruh dunia sedang sibuk bertempur, ada pula yang sibuk nak diri diiktiraf sebagai Ikhwan? Nak dikatakan yang paling bagus? Paling hafal manhaj?
Tersenyum melihat orang sebegini. Pergi buat kerja la dey!
Pada saat pertempuran sebegini, air liurmu tiada guna. Jika benar kau lelaki, susunlah dirimu dalam jujukan amal-amal itu.
Pada waktu itu, kau akan sedar, peranan seorang du'at itu bukan cakap-cakap sahaja.
Tiada erti kata-kata manis di celah perang Badar, kalau kata-kata itu hanyalah alasan untuk tidak turut serta berjuang.
Tiada erti syair-syair indah semasa Perang Uhud, jika ia kau gunakan sebagai hujah mengikut Abdullah bin Ubai bin Salul melarikan diri dari perang yang mulia itu.
Tiada guna kata-kata ketika Perang Hunain, jika kau turut sama lari terkial-kial meninggalkan medan pertempuran meninggalkan 100 orang melawan 10,000 kabilah arab.
Sirah membuktikan kepada kita, jihad kata-kata ada tempatnya. Kini masa untuk bertindak!
Ikhwan? Heh.
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment