Tuesday, August 20, 2013

Dr Mahmoud Izzat



Pertemuan dengan Syeikh Dr Mahmoud Izzat tidak dapat aku lupakan. Kedatangannya, kata-katanya memberikan suatu perasaan unik kebersamaan dakwah yang ulung ini. Aku merasakan dakwah ini begitu luas sekali. Bukan sahaja terperuk di Malaysia ataupun melingkar sekadar di Mesir, malah dakwah ini ke seluruh sudut dunia.

Makna-makna dalam ayat-ayat tadabbur, betapa langit dan bumi bertasbih itu semakin aku rasakan.

Dakwah yang dipikul ini, bukan mainan kata-kata tetapi episod perjuangan yang akan terus berpanjangan hingga ke hari kiamat.

Setelah kemenangan demi kemenangan Allah anugerahkan kepada Ikhwan, dan Islam secara umumnya, hari ini Allah menguji Ikhwan dengan ujian yang amat berat. Fitnah yang sungguh besar.

Ribuan Ikhwan dan rakyat yang sedar, dibunuh umpama tiada harga. Ikhwan ingin dihancurkan dan perjuangannya disalah ertikan dengan sengaja. Mengundang kebencian mereka yang jahil...

Pemimpin-pemimpin mereka dibunuh. Hari ini Mursyidul Am ditangkap. Dan yang memangkunya ialah Syeikh Dr Mahmoud Izzat.

Tubuh yang pernah ku peluk itu, kini menjadi barisan paling hadapan jemaah ini. Menjadi pemimpin kepada perjuangan ini. Semoga Allah memeliharanya, membantunya agar kemenangan itu lahir dari genggaman tangannya itu.

4 jari untuk Mesir, masa depan untuk islam!


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]