Friday, July 5, 2013

Kata Ikhwan



بيان للإخوان المسلمين حول الانقلاب العسكري على الرئيس
Bayan IM Berkenaan Rampasan Kuasa Daripada Presiden Mesir oleh Tentera
[4-July-2013][15:20:2 مكة المكرمة]
يؤكد الإخوان المسلمون أنهم وهم جزء لايتجزأ من النسيج الوطني، وأنهم قد بذلوا جهدهم طوال عقود وسنين في إطار الدستور والقانون على الحقائق التالية:
IM menegaskan bahawa mereka adalah sebahagian daripada warganegara. Mereka sesungguhnya telah banyak berkorban dan berusaha sehabis kemampuan selama puluhan tahun selaras dengan undang-undang Negara Mesir yang tercinta. Keterangan mengenai realiti tersebut adalah seperti berikut:

1 - رفضهم القاطع للانقلاب العسكري الكامل الذي تم ضد الرئيس والدستور والشرعية وعدم تعاونهم مع السلطة المغتصبة لإرادة الأمة، ومشاركتهم في كل الفعاليات السلمية الشعبية ضد الانقلاب العسكري.
IM menolak secara jelas dan menyeluruh terhadap rampasan kuasa tentera daripada Presiden yang merupakan presiden yang sah berdasarkan undang-undang Negara. IM tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan perampas kehendak rakyat dan umat. IM akan bersama rakyat menentang rampasan kuasa tentera ini melalui jalan aman.

2- رفضهم القاطع لكل صور العنف ضد المظاهرات السلمية والتي سقط بسببها عشرات المصريين، ويؤكدون على ثباتهم على منهج الجماعة السلمي في التغيير وثوابتها الشرعية، والتزامهم بالتظاهر السلمي، ويطالبون الجميع بحقن الدماء وبضبط النفس وعدم الانجرار إلى العنف والعنف المضاد.
IM menolak secara total semua pendekatan keras menentang peserta demonstrasi aman yang menyaksikan puluhan telah gugur syahid. IM tegas dan konsisten bersama golongan yang cintakan keamanan untuk merealisasikan perubahan selaras dengan undang-undang serta akan terus beriltizam dengannya. IM juga meminta semua pihak memelihara agar pertumpahan darah tidak berlaku, berdisiplin dan tidak sekali-kali berubah menjadi ganas dalam mencari solusi terbaik.


3 – يرفض الإخوان المسلمون إرهاب الدولة البوليسية والذي بدأت تمارسه أجهزة الأمن في اعتقال رموز وقيادات الجماعة وحزب الحرية والعدالة، وقطع الإرسال عن القنوات الفضائية خاصة الإسلامية، واقتحام مكتب قناة الجزيرة مباشر مصر، وتقييد حرية الإعلام مما يعيدنا إلى الممارسات القمعية التي سادت عهود الظلام والاستبداد والديكتاتورية والفساد.
IM menolak secara total pendekatan ganas pihak polis yang telah mula menggunakan kekerasan menangkap pimpinan IM dan Partinya. IM mengecam keras menutupan saluran-saluran tv berkenaan. IM mengecam sekeras-kerasnya pencabulan terhadap prinsip kebebasan dan iklan yang sebenarnya telah membawa Mesir ke zaman kegelapan diktator dan kerosakan.

4 - يحمل الإخوان كافة مؤسسات الدولة مسؤلية تأمين المظاهرات السلمية.
IM berharap agar semua institusi-institusi Negara mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa demonstrasi rakyat ini terjamin aman dan sejahtera.


حمى الله مصر وشعبها ورئيسها الشرعي من كل مكروه وسوء.
 Semoga Allah SWT memelihara Mesir, rakyat dan Presidennya yang sah daripada segala yang tidak baik

Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah

No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]