Semasa Ikhwan Muslimin memulakan dakwah pada tahun 1928, tiada siapa menyangka betapa pentingnya catatan mereka pada waktu itu. Hinggakan di awal dakwah tiada yang membuat kitab-kitab kerana terlalu sibuk mencetak manusia.
Itu juga jawapan ISHAB apabila ditanya kenapa tidak difokuskan pada penulisan.
Apabila berucap ketika Muktamar kelima Ikhwan pada 1938 (Muktamar pada waktu itu diadakan 2 tahun sekali), ISHAB keberatan untuk membentangkan amal mereka, ia dilakukan hanya kerana untuk perencanaan dakwah.
Hari ini, kita semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang dibuat oleh Ikhwan, hingga mampu menggegar Mesir dalam 2 tahun, menggegarkan dunia Arab dalam 10 tahun, membina 'daerah-daerah' universiti dengan hanya 3 tahun menghasilkan 300 pempinan universiti di Al-Azhar.
Akhirnya, Maktab Irsyad membuat keputusan agar dibuat catatan rasmi Ikhwan, namanya Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun terjemahan Indonesia hanya tersedia hingga jilid 3 daripada 5. Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh As-Syeikh Jum'ah Amin 'Abdul Aziz.
Antara kitab yang menjadi rujukan ialah catatan peribadi Hasan Al-Banna, Abas Asisi, Mahmud Abdul Halim, Yusof Qardawi, Mustafa Mahsyur, Zainab Al-Ghazali dan lain-lain.
Ternyata catatan ini hanyalah catatan kecil berbanding amal yang sebenar, kerana banyak catatan tak dapat diambil kerana ikhwah tidak menulisnya. Ramai pula dikalangan pelopor ikhwan yang sudah meninggalkan kita. Alangkah ruginya generasi kita andai gagal belajar dari kejayaan dan kegagalan generasi-generasi ini.
Pengajarannya?
Beramal dan catat amalan itu, dan berkongsi dengan rakan seperjuangan. Moga menjadi motivasi dan pengajaran buat kita semua. Moga kesilapan kita tak diulang oleh generi berikutnya dan moga ia menjadikan kita lebih bermotivasi untuk ke hadapan.
Jangan biarkan orang lain menulis sejarah kita, ia boleh jadi apa sahaja.
Buat mereka yang sedang memulakan kembali dakwah di mana-mana ceruk dunia, buatlah catatanmu. Setidak-tidaknya diari untuk dirimu dan pewarismu.
Aku sendiri sedang cuba untuk menggali sejarah dakwah di UPM dan menulisnya dengan menggunakan metode pengkajian yang benar. Semoga Allah memudahkan usaha kita.
Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment