Dalam melaksanakan satu-satu penyelidikan akademik, para pengkaji selalunya memerlukan masa 3-6 bulan untuk buat Literature Review. Membaca banyak-banyak hasil kajian dan bahan bacaan yang berkaitan seterusnya menghasilkan karya buat sasaran mereka.
Bekerja sebagai Pegawai Penyelidikan dan Perkembangan (baca: R&D Executive) bagi Palestine Centre of Excellence ini sangat seronok. 24 jam aku menelaah bahan-bahan tarbawi, buku-buku sirah & fikrah. Paper dan thesis yang berkaitan dengan perjuangan pembebasan Al-Aqsa, jantung ummah. Kunci kemenangan umat islam, ustaziyatul alam.
Namun, hakikat yang perlu kita terima juga, kita berada dalam persaingan di antara al-Haq dan al-Batil dan ternyata kita out-numbered.
Aku yang patutnya incubated selama beberapa bulan untuk literature review, terpaksa terjun sekerap mungkin ke medan. Paling tidak setiap minggu 1 artikel kajian sendiri dihasilkan. Fuh fuh fuh
Aku mengakui dalam menghasilkannya, akan ada banyak kekurangan dari sudut fakta, teknikal issues, penekanan dan pemberatan dsb.
Kalau ntum ada sebarang teguran, please be frank. Email ke email kerja aku (utk artikel berkenaan PACE sahaja ya):
ak.pace@aqsasyarif.org.my
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
No comments:
Post a Comment