Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam.
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.
Yang paling jauh bukanlah bintang, mentari tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan. Semalam yang terluput, menukil sesalan.
Yang ada hanya hari ini dan akan datang.
Gunakan hari ini sebaik mungkin, kerana hari esok belum tentu. Semalam telah pergi buat selamanya.
***
Mentari kebahagiaan bersinar di balik awan mendung memujuk kedukaan.
Wahyu Tuhan hadir saat hayat tersisa disia-sia.
Tarbiyah yang membelai rupa-rupanya bukan soal perancangan atau ayat-ayat indah.
Namun ia soal hati yang dibanjiri kasih dan sayang. Pelik, tapi benar.
Itulah hakikat yang gagal difahami jika kita hanya memandang ia dari sudut fikrah sahaja, hingga gagal menghasilkan Tarbiyah secara seluruhnya.
Tolong bimbing hatiku, boleh?
Mencari hati yang hilang.
Abu Khalid
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Location:Jalan Siakap 8,Kajang,Malaysia
No comments:
Post a Comment