Thursday, May 16, 2013
Kerana kita saling nasihat-menasihati
Hari ini hari guru. Selamat hari guru buat semua.
Jangan rasa menjadi guru hanya kerana anda murabbi dan rakan anda yang masih belum bawa usrah itu tak layak menyambutnya.
Hakikatnya, kita belajar daripada semua orang.
Orang tua belajar dari yang muda. Begitu juga sebaliknya.
Orang pandai belajar dari yang kurang pandai. Begitu juga sebaliknya.
Orang kaya belajar dari yang miskin. Begitu juga sebaliknya.
Yang mustawa mana-mana pun, akan sentiasa belajar sesuatu daripada orang di sekeliling mereka.
Manusia itu makluk sosial.
Selamat hari guru. Hari ini kita mengingati orang yang telah mengajar kita, dan suatu motivasi kepada diri kita untuk terus memberi.
Selamat hari guru.
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment