Tuesday, May 7, 2013
Demokrasi vs Islam
Demokrasi bukan sebahagian daripada islam walaupun di dalamnya ada kebaikan yang umum yang menyerupai islam.
Walau bagaimanapun, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, adalah wajib buat para duat untuk terlibat dalam sistem itu.
Kerana sistem ini adalah sistem pemilihan ketua yang akan menjadi ketua kita juga akhirnya.
Mengundi
Memancing undi secara langsung
Memancing undi secara tidak langsung
Bertanding sebagai calon
Bertanding dengan menubuhkan parti politik.
Kita tidak pernah redha dengan falsafah demokrasi. Kita cuma memanfaatkan ruang yang ada supaya tidak digunakan oleh orang lain untuk menghancurkan kita pula.
Ikhwah akhawat perlu sentiasa memahami bahawa ia merupakan alat yang diperalatkan. Di sana adanya matlamat kita yang utama iaitu untuk melihat tertegaknya agama islam sepenuhnya di atas muka bumi Allah ini.
Janganlah kita sibuk dengan alat hingga tergadai matlamat. Janganlah hingga umpan memakan habuan. Umpan makan ikan.
Di fasa pasca PRU ini, seharusnya digunakan kekuatan yang ada kepada bahagian lain, amal yang banyak dan bercambah dalam medan amal yang luas. Janganlah kerana sudah terlibat dalam medan baharu ini, kita terus larut dan hanyut di dalamnya. Kembalilah ke posisi asal dan tunggu arahan semasa.
Janganlah meninggalkan posisimu, hanya kerana medan lain itu terlihat menarik dan hot. Kita berkhidmat bukan semata-mata 'rasa syok' namun untuk melakukan perubahan.
Janganlah dikau lalai sepertimana ALlah lalaikan para sahabat ketika perang Uhud. Berpeganglah kepada wajibatmu.
Ingat, kita bukan pejuang demokrasi. Kita pejuang keadilan. Kita pejuang islam.
Wallahua'lam.
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment