Tuesday, April 30, 2013

Sayonara Johor


Setelah 2 tahun 4 bulan aku bermastautin, hari ini aku keluar.

Aku bersyukur, sangat banyak pengalaman berharga yang aku peroleh di sini. Ia merupakan sekolah tarbiyah yang unik, mempunyai kelebihan yang aku kira sukar untuk didapati di tempat lain.

Di bumi ini, aku mengenali ikhwah akhawat yang ikhlas, tetap di atas jalan dakwah hingga usia tua mereka.

Aku malu memandang mereka pada kali pertama. Sebak. Dan hingga kini aku tidak dapat melihat wajah mereka.

Aku keluar tanpa berpaling, sambil air mata membasahi pipiku.

Aku berazam ingin jadi seperti mereka. Moga pemuda-pemudi harapan bangsa memahami, hakikat dakwah bukan hanya gagah berkata-kata, juga bukan hanya dengan beramal, juga bukan dengan hanya beramal sepenuh jiwa. Namun, terselit suatu kekuatan thabat. Kekuatan yang menjadikan perkara kecil menjadi besar, yang sedikit menjadi banyak.

Aku malu memandang mata mereka. Malu kerana aku merasakan diri ini lebih banyak bercakap, lebih lancar bercakap daripada beramal.

Malu kerana diri ini pernah berpidato, konon-kononnya ingin memberikan kesedaran kepada para syuyukh. Namun, akhirnya egoku yang tersedar. Adanya syahwat ego, syahwat kibru dalam hati.

Inilah kali pertama, Allah membentangkan amal-amal mereka kepadaku, sehingga menjadikan egoku itu mengecut malu. Malu yang amat.

Inilah kali pertama, aku melihat para penjawat jawatan yang tinggi-tinggi sanggup merendah menjadi kader dakwah. Inilah kali pertama aku melihat orang-orang yang berusia, berbondong-bondong melakukan dakwah, siang dan malam mereka memikirkan tentang dakwah ini.

Allahu Allah.

Aku yang kecil amal. Aku yang lemah di sisiMu. Moga dengan pengijrahan ini melahirkan aku yang lebih kuat beramal, yang thabat hingga ajal menjemput ruhku bertemu denganMu.

T^T


Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Allah.


No comments:

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]