Tuesday, April 30, 2013
Malam pertama?
Sepatutnya aku mula bertugas 2hb. Ya, 2hb aku mula bertugas sebagai Researcher di PACE (Palestine Centre of Excellent), merupakan suatu NGO penyelidikan isu-isu Palestin di bawah kelolaan dan tajaan Aqsa Syarif.
Atas sebab-sebab tertentu, aku akan mula lebih awal iaitu pada 1hb Mei. Ya! Hari pekerja! Padaku, ia hari bekerja.
Ini merupakan inisiatif yang diambil hasil perbincangan para staf (ok ini sudah jadi rahsia kerajaan Aqsa Syarif, aku tak boleh nak cerita)
Pendek cerita, esok aku mula kerja jam 830 pagi.
Apabila aku hadir ke pejabat tadi untuk survey-survey apa yang patut, aku disambut dengan sangat baik, umpama ahli keluarga yang hilang. Diberikan briefting yang sangat jelas & aku sendiri rasa nak buat banyak perkara lagi, maka aku pun buka komputer dan mula bekerja sikit-sikit.
Buat kerja, solat. Buat kerja, makan. Buat kerja, solat. Sambil-sambil itu perbincangan sentiasa rancak dan tempat kerja kami tak pernah kesunyian.
Mereka semua sangat gembira dalam suasana keluarga ini. Di bibir tak pernah lengang daripada senyum sambil tekun bekerja. Aku sampaikan terlupa yang aku belum start lagi. Tapi dah terbuat kerja, em mungkin boleh minta gaji lebih bulan ni.
Sedar sedar dah pukul 12 malam, dan mereka masih bekerja dalam keadaan seronok-seronok. Tanpa tension! Musykil aku dibuatnya. Tak percaya.
Tapi itulah dia pekerja Aqsa Syarif yang aku jumpa di hari pertama ni. Padanlah Allah memberikan banyak anugerah hasil usaha mereka yang berkah ini. Moga terus sukses!
Aku bersyukur diterima masuk menjadi ahli keluarga mereka. Doakan aku ya ^^
Abu Khalid,
Hamba Allah, Kuli Dakwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment