Apabila memandang mursyidul am ikhwan, Ahmad Badi’, aku tertanya… Siapakah murabbi yang telah membentuk dirinya itu?
Apabila memandang Tuan Guru Nik Aziz, mursyidul am PAS, aku tertanya… Siapakah gerangannya murabbi yang telah membentuk dirinya itu?
Apabila memandang Syeikh Parid, Presiden Ikram, aku tertanya… Siapakah murabbi yang telah membentuk dirinya itu?
Apabila aku memandang tokoh-tokoh dakwah seperti ustaz Azhar, ustaz Salam, Dr Asri, Dr Zaharudin, Ustaz Zahazan, Dr Hafidzi dll… Aku sentiasa tertanya-tanya, siapakah murabbi-murabbi yang telah membentuk mereka semua?
Siapa tidak kenal Muhammad Al-Fateh? Siapa tidak kenal Salahudin Al-Ayubi? Siapa tidak kenal Tariq bin Ziyad? Mereka semua punya murabbi yang membawa mereka mengenal kualiti diri mereka, sekaligus menggegarkan dunia!!!
Aku pernah menyimpan cita-cita untuk melahirkan barisan pejuang Islam sehebat nama-nama agung di dalam coretan sejarah ummat. Aku pernah menyimpan hasrat untuk membentuk manusia, hingga diri mereka menjadi khalifah ummah.
Ya.
Aku ingin menjadi murobbi kepada khalifah. Murabbi yang melahirkan khalifah. Khalifah yang menjadi penyelamat ummat daripada 1001 penderitaan yang tidak tertanggung lagi ini.
Aku sentiasa membayangkan diriku disamping insan istimewa ini.
Angan-angan ini perlukan usaha yang gigih untuk menjadkannya suatu cita-cita. Usaha yang berupa jihad yang maksimum, bukan sekadar lepaskan batok di tangga. Jihad yang berterusan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Siapa sangka hari ini, aku diberikan peluang untuk melaksanakan tugas ini. Siapa sangka diriku kini menjadi pembimbing, layak bergelar murabbi. Dengan cita-cita menggunung tinggi…
Melahirkan khalifah
Abu Khalid,
Kuli Dakwah
No comments:
Post a Comment