Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada
Mihwar Sya'bi (Fasa Bermasyarakat) menuntut kita untuk menguasai dan melaksanakan beberapa disiplin:
1) Berhubung dengan masyarakat
2) Melaksanakan amal tajmi
3) Muayasyah berterusan
4) Pembinaan jundi-jundi islam
5) Pembinaan penggerak-penggerak dakwah
6) Penyusunan amal
7) Pengaturan strategi/langkah/khittah dakwah
Ini merupakan amal-amal yang perlu dilaksanakan bagi seorang al-akh. Bercakap tentang 'berhubung dengan masyarakat' (TI) sahaja sudah bergetar lutut jika tahu setiap tuntutannya. Namun, tugas itu tidak berhenti di sini.
Kita juga perlu untuk:
1) Memperbanyak dan memantapkan amal fardhi
2) Mempertingkatkan pengetahuan islami (fikrah islam)
3) Mematangkan skill peribadi
4) Berjaya dengan jayanya dalam pelajaran dan kerjayanya
5) Sentiasa berhubung dengan naqib dan berjumpa dengan qiyadah dakwah
6) Menjaga hubungan dengan keluarga
7) Menunaikan hak jiran tetangga
Dan lain lain lain lain lain
Setiap satu itu tidak mudah untuk dilaksanakan. Namun ia sangat penting. Yang mana semua itu merupakan tanggungjawab, dalam masa yang sama tarbiyah peribadi.
Akh yang benar akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan dirinya dalam keadaan yang terbaik untuk ummah.
Akh yang benar juga akan cuba sedaya upaya untuk turut sama melaksanakan 38 wajibat yang telah digariskan oleh ISHAB. Kesemuanya.
Apa?
***
Masa memang dengki dan cemburu dengan kita!
Apabila kita melihat kesemua amal yang begitu banyak yang perlu kita laksanakan ini, pasti kita akan tertanya-tanya. "Macamana nak buat semuanya dengan masa yang terbatas ini?"
Setiap orang ada 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan sekitar 30hari sebulan. Bla bla bla. Dan malangnya tiada akh yang terbukti boleh buat 'Shadow clones' Naruto ataupun menghentikan masa dsb.
Kita semua perlu bijak menyusun masa! Itu jawapan cliché.
Kita lihat satu per satu amal yang perlu kita laksanakan, jawapan kepada bagaimana cara untuk menyeimbangkan se galanya ialah menyusun amal kita! Menyusun diri kita sendiri!
Sesungguhnya amal kita ini perlu terfokus. Namun, seebelum kita fokus amal kita itu, perkara pertama yang kita kena tahu ialah gambaran luas tentang amal tersebut. Dengan mengetahui gambaran luasnya (big picture), barulah kita nampak perkaitan setiap amal dan mampu meletakkan fokus pada amal-amal tertentu pada masa-masa tertentu.
Penting mengetahui big picture/bird view/helicopter view agar kita tidak melaksanakan kerja seperti paku dan tukul. Sekali tekan, sekali gerak. Sekali tekan, sekali gerak. Akhirnya, kita penat sendiri-sendiri.
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment