Pengalaman sesaat di dunia ini, memberikan aku suatu gambaran akan kehidupan. Ia memberikan aku pengetahuan dan pengarahan, di mana sepatutnya aku menyalurkan pengertian hidup yang ku raih ini.
"So many tasks, so little time", aku ubah sikit kata-kata Frank Zappa. Ya, masa tidak pernah puas-puas mencemburui kita. Ia umpama pedang yang akan memotong kita, juga ibarat emas yang berharga dan juga diibaratkan kehidupan itu sendiri. Pendek kata ianya sangat berharga.
Maka, aku memberanikan diri berkongsi 3 perkara pokok yang perlu kita capai, untuk kita sama-sama mendaki tangga amal kita ini.
Dakwah dan tarbiyyah ini tidak pernah dipecahkan-pecahkan. Kita insan yang syamil yang mengamalkan islam yang syumul, tidak mungkin akan mengasingkan hal 'islam' dan 'kehidupan' kita. Kita bukan sekular. Tapi cukuplah aku katakan bahawa aku pecahkan ia supaya kita tidak terlepas mana-mana aspek ini sepanjang kita menjalankan segala tugasan-tugasan lain.
3 perkara pokok. 3 tugas yang perlu kita sama-sama jaga supaya dapat mencapai ustaziyatul 'alam itu bersama-sama;
1) Tarbiyyah kita
Agar kita ada sesuatu untuk diberi
Secara skemanya:
-3 ciri-ciri insan (seimbang hati, jasad dan akal)
-10 muwasofat muslim
-10 arkanul baiah seorang ahli gerabak dakwah
-36 wajibat 'amil (pengamal dakwah)
Secara praktikalnya: (Tarbiyyah Dzatiyyah)
-usrah kita (sistemik)
-disiplin kita
-ruh kita
-hamasah kita
-tsaqafah kita
-fikrah kita
-skill kita
-maiyah kita (harta)
2) Tarbiyyah mereka
Agar ia menjadi bukti syahadatul haq kita
Siapakah mereka?
-Keluarga kita
-Orang-orang di sekeliling kita
-Rakan sekerja kita
-Masyarakat setempat kita
-Seluruh suku kaum kita
-Seluruh bangsa kita
-Kerajaan kita
-Negara kita
-Seluruh umat islam di nusantara
-Seluruh umat islam sedunia
-Seluruh dunia
Apa yang perlu kita lakukan?
-Kenal pasti siapa mereka
-Tajmi' mereka
-Dekati mereka
-Mesra dengan mereka (Muayasyah)
-Memahami mereka
-Berinteraksi dengan mereka
-Terus menerus DF mereka
-Memperbaiki 10 sifat mereka
-Mengajar matlamat hidup mereka
-Membaiki amal mereka
-Menambah amal mereka
-Membimbing mereka untuk berdakwah
-Membina mereka menjadi murobbi yang berjaya
-Merancang dakwah dan tarbiyyah mereka ke skala yang lebih besar
-Dan seterusnya...
3) Hidup kita
Agar kita terus dapat hidup dan 'memberikan penghidupan'
Apa yang perlu kita buat?
-Uruskan diri
-Uruskan keluarga
-Uruskan masyarakat
-Uruskan bangsa
-Uruskan umat islam
-Uruskan dunia
Bagaimana caranya?
-Jangan lupa untuk bernafas
-Jangan lupa untuk makan
-Baca, menuntut ilmu
-Mencapai kejayaan dalam akademik
-Mencapai kejayaan dalam pekerjaan
-*Segalanya, untuk membuka ruang kepada perkara 1 dan 2
Ingat:
-Tugas umpan adalah untuk dimakan oleh ikan, agar pemancing dapat menangkap ikan
-Jangan pula nanti ikan dimakan oleh umpan
Banyak tak tugas kita? Selamat beramal.
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)".Asy-Syarh 94: 7"Rehat bagi daei adalah bukti kelalaiannya"Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
2 comments:
Kepada adik-adikku yang akan menduduki ujian, peperiksaan akhir tidak lama lagi,
ana doakan ntum sentiasa berjaya
clear and precise..jzkk..Rabbi yassir wala tu assir...
Post a Comment