Wednesday, October 13, 2010

Mimpi-mimpi indah (Suatu pencerahan)


"Perjuangan ini memerlukan ukhuwwah. Tanpa ukhuwwah akan hilang kemanisan perjalanan, akan wujud prasangka, akan sirna kepercayaan, dan akan pecah kekuatan ummah ini."

(Abu Khalid, Hussaini 2010)



Buat yang berkesempatan bersama ana, pasti akan tahu yang antara pendekatan yang ana guna dalam berbicara ialah 'reverse psychology'.

Untuk perenggan-perenggan berikutnya, jika ana ingin menggunakan pendekatan tersebut, ana akan boldkan tebal. Cuba fahami betul-betul. Jika tidak, bahasa itu akan kelihatan kejam, tidak beradab, jahil, tidak setel fikrah, penuh dengan nilai sarcastic dan disalah ertikan.

Pendekatan ini digunapakai dalam kebanyakan segmen artikel yang berlabel 'Borak0borak0'. Orang-orang di sekitar ana pasti mengenali ana sebagai seorang yang banyak bercakap, seorang akh yang berperangai neraka (nakal), dan komplikated.

Dalam daurah-daurah dan tarbiyyah yang ana laksanakan, ana secara peribadi lebih suka menonjolkan personaliti ana, bukan personaliti dibuat-buat (boleh rujuk artikel-artikel sebelum ini). Walaupun ana boleh berbahas dan bercakap secara professional, ana lebih suka jadi diri ana yang sebenar. Dan dalam dunia penulisan ini, peribadi itu lebih ana tonjolkan dalam ruangan berlabel 'Borak0borak0'.

Pendekatan ini (kadang-kadang [tidak pada semua keadaan juga]) penting dalam mendekati jiwa-jiwa remaja dan lelaki yang kasar dek dunia yang begitu kejam memperakukan mereka. Juga buat mereka-mereka yang tidak makan saman dan juga bukan dari kalangan mat-mat geek yang skema. (er, ada maksud yang tersembunyi, bagi mereka yang lembab [tidak perasan atau tidak berperasaan])

Ana memandang teknik ini, sebagai sebuah hikmah berdakwah. Memandang ia sebagai sebuah cara mengatasi masalah pemuda-pemuda yang mula lari dari pak-pak ustaz skema. Orang zaman sekarang kan sudah mula membaca niat orang lain, cepat sahaja melabel orang itu hipokrit dan macam-macam lagi. Melalui beberapa episod pengalaman ana, terbukti dengan pendekatan ini, ramai orang-orang muda kasar di luar sana yang terkesan. Lelaki terutamanya.

Bezanya dalam penulisan, pembaca perlu lebih banyak berfikir (pada yang malas nak membaca tu, takyah risau, korang memang takkan paham). Dan dalam dunia realiti, ana melancarkan penyampaian mesej dengan diiringi bahasa badan + lenggok tutur kata: kerlipan mata, jugilan mata, arah pandang mata, buat-buat gagap, intonasi suara, gaya badan, gaya tangan, lompatan, gigitan bibir etc.


Contoh situasi:

"Haa... Main la api tu, biar terbakar tangan kau..."

"Ntum ni nampak macam tak bersemangat sahaja, kalau macam ni, kita takyah usrah la minggu depan. Usrah ni dah la bazir masa, nak kena infaq lagi, duit minyak habis. Kalau tak usrah, macam-macam kita boleh buat kan? Boleh tengok Gun Pyo dan Jan Di bermesra-mesraan, boleh layan FB, boleh main Dota, kan kan?"

"Nta tak bagi signal tadi. Kereta ni memang takde lampu signal eh?"

"Jom tengok cerita syirik!" (Cerita hantu/ Arjuna/ tahyul)

"Persetankan sahaja dia tu" (Abaikan)

"Marilah bertangguh"

"Ana dah sampaikan amanah yang disampaikan. Jika lepas ni ana nampak ntum buat juga, masih tak serik-serik, ana sepak je"



Dan banyak keadaan lagi.

Mari kita tengok bait-bait dalam post 'Mimpi-mimpi Indah':

Mimpi-mimpi Indah (Bukan sebahagian dari the hidden message. Mesejnya jelas, dunia ini hanya permainan dan kita ada mimpi yang lebih besar iaitu akhirat untuk dicapai. Dunia dihiasi cantik oleh syaitan hinggakan tampak begitu cantik di mata manusia. Sanggup menjual akhirat dengan harga dunia yang murah untuk menggapai keenakan sementara itu)

Video (Tidak tengok, maka tidak dapat mesejnya)

Ana, Awang dan Arizam bertekad bersungguh-sungguh sepenuh jiwa raga dan nafsu, ingin menganjurkan majlis perkahwinan sehebat ini. (Video ini kami tonton sama-sama. Dan tidak pula berhasrat untuk menunjukkan kehendak kami. Sekadar menunjukkan betapa kami terkesan dengan video itu dengan mesej yang sebaliknya, jauh sekali untuk melaksanakannya. Ia merupakan satu provokasi secara tidak langsung kepada kaki-kaki bazir kenduri kahwin dan mesej-mesej lain yang akan dihuraikan)

Ntum taknak datang, suka hati ntum la... (Menguatkan penyataan di atas. Sepatutnya menegaskan betapa kami tidak ingin sekali-kali. Juga menarik kembali perhatian ikhwah yang membacanya. hehe [Rasulullah juga bergurau, namun dalam bergurau kita diajar untuk sentiasa menuturkan Al-Haq. Ana berharap agar Allah sentiasa menunjukkan ana jalan yang lurus. Ameen])


Antara mesej-mesej yang cuba disampaikan dalam 'Mimpi-mimpi Indah':

  1. Membazir itu amalan syaitan. Kes walimah ursyi tidak terkecuali. Kadang-kadang para duat merasional segala pembaziran itu, tapi hakikatnya ketahuilah ia sangat besar impaknya kepada ummat ini. Kita membazir atas bunga-bunga telur yang orang tak makan, ummat akan menghabiskan membazir berpuluh-puluh ringgit untuk hadiah tetamu. Lihat saja exaggeration dalam video itu. Anda pasti tidak pernah terfikir yang ia boleh jadi seteruk ini, sedang ramai orang sedang menangisi sesuap nasi di luar sana.
  2. Unsur-unsur bidaah, kurafat malah yang bertentangan dengan akidah kita juga, kita mudah ambil ringan. Tidak ada taqlid pada adat. Akhirnya terang-terang sahaja unsur-unsur kufar diselitkan dalam kehidupan ummah ini. Kita bersanding, ummah keliling api.
  3. Makna ijab qobul. Ianya bukan kata password ke malam pertama, tetapi pintu kepada akad (ikatan) amanah serta tanggungjawab yang maha berat.

Ana bukan cuba melindungi diri dengan membuat sesi pencerahan ini. Bukan untuk menjustifikasi apa yang ana buat. Jika ana salah, maka ana salah. Jika ana betul, maka ana betul. Ana cuba seikhlas mungkin memberikan apa yang cuba ana sampaikan dengan sebaik mungkin. Agar ntum yang membacanya kelak memahami mesejnya dengan lebih jelas.

Ntum kena faham, bukan masyarakat dakwah sahaja yang menebar dalam dunia blogging ini. Ana sedaya upaya cuba memberi manfaat kepada skop yang seluas mungkin, sejajar dengan mehwar dakwah kita yang sedang berkembang ini.

Semoga hasilnya itu, kita dapat kembalikan kepada Allah jua hendaknya.

Kepada mereka-mereka yang memang berniat nak menghukum ana, silakan. Mahu tentukan ana siapa, betul atau salah, silakan. Inilah ana, inilah pemikiran ana dan inilah cara ana. Ntum boleh memilih untuk menghukum ana ataupun untuk membimbing ana ke jalan yang benar.

Semoga Allah memaut hati kita pada islam. Menanam cinta kita pada Allah. Dan rindu kita pada akhirat, serta peluang bertemu denganNya, melihat wajahNya yang Super Duper Maha Indah, lebih cantik daripada mana-mana akhawat yang perasan dirinya itu sangat cantik sekalipun.


10 comments:

Anonymous said...

Variety is the spice of life~

TM said...

"Perjuangan ini memerlukan ukhuwwah. Tanpa ukhuwwah akan hilang kemanisan perjalanan, akan wujud prasangka, akan sirna kepercayaan, dan akan pecah kekuatan ummah ini."

sangat bersetuju.kadang2 daie yang hebat tpi ukhuwwah melemahkan mereka dgn izin Allah~

post mimpi indah pd pandangan ana ok je. mungkin antum yang salah faham kena hadam dgn fikrah kita dan akhirat oriented bukan dunya oriented

Ariffin said...

Salam akh. Afwan andai kata-kata ana sebelum ini menyentuh enta. Ana cuma penasaran utk ketahui apa reasonnya entry enta tersebut...kerana setelah beberapa lama ana berfikir... masih belum ketemukan jawapannya. Jzk, ana sudah faham semuanya. Afwan, kerana ana mungkin salah seorg pembaca yg lembap, yg memerlukan penerangan utk pencerahan...

Semuga enta dikurnia bidadari dunia & akhirat.

Anonymous said...

akhirnya...

Abu Khalid said...

Akh Ariffin:

Komen nta sangat membina dan diperlukan agar mesej disampaikan dengan baik.

Berkenaan ayat-ayat yang digunakan, maafkan ana jika ada yang terguris. Tidaklah seorang akh itu sanggup melakukan atau mengatakan sesuatu yang dengan sengaja akan mengguris perasaan akh yang lain.

Teruskan bersama, insya-Allah kita gali mutiara ukhuwwah dan tarbiyyah ini bersama-sama.

Anonymous said...

Bolehkah kalau komen memiliki jumlah perkataan seumpama artikel yang ditulis?


-uncle anonymous-

Abu Khalid said...

Uncle Anon:

Boleh uncle, biasa dibuat orang.

Anonymous said...

Salam akh. lama x komen kat blog nta... ha! tu la! main metafora2 lagi kan dah tak paham pembaca3.

Kalau boleh lepas ni x yah la main sindir2 camtu. even dikalangan ikhwah. terus terang je. lebih2 lagi kalau online. kalau orang tu kat depan nta lain cerita la, tgk mimik muka nta dah tau nta b'maksud lain. :D

just my 2 cents from misr

Anonymous said...

Salam akh. lama x komen kat blog nta... ha! tu la! main metafora2 lagi kan dah tak paham pembaca3.

Kalau boleh lepas ni x yah la main sindir2 camtu. even dikalangan ikhwah. terus terang je. lebih2 lagi kalau online. kalau orang tu kat depan nta lain cerita la, tgk mimik muka nta dah tau nta b'maksud lain. :D

just my 2 cents from misr

Abu Khalid said...

:)

Asif jiddan

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]