Abu Hasan Ali An Nadwi berkata:
Kita mesti memberi perhatian 3 faktor di bawah agar dakwah memperoleh kejayaan iaitu:
- Marhalah dakwah dan penanaman asas-asas iman di lubuk hati didahulukan dari yang lain. Dengan panjangnya marhalah ini, berterusannya kerja dakwah rijal dakwah yang akan berjihad pada jalannya, marhalah-marhalah lain akan berjaya dan mengeluarkan buah yang masak mekar serta sedap dimakan.
- Melahirkan rijal yang menegakkan dakwah yang sentiasa memenuhi setiap ruang kosong. Setiap pergerakan atau dakwah atau badan-badan sekalipun kuat, sekiranya tidak berterusan melahirkan rijal, maka ia terdedah kepada bahaya. Rijalnya akan beransur-ansur pupus dan akan mengundur diri pada bila-bila masa.
- Memberi makanan kepada hati dan roh dengan makanan yang dapat menjaga kecergasan dan semangat rijal dakwah dan memulihkan semula tenaga yang mereka curahkan. Sesungguhnya rijal adalah seperti pelita, apabila minyaknya habis ia akan padam. Jadi perkara tadi penting, kalau tidak jiwa akan berhenti di pertengahan jalan dan semangat menjadi sejuk dan terus mundur ke belakang. Oleh itu, tidak cukup dengan semangat dan tsiqah dengan pengorbanan semata-mata. Mestilah istiqamah yang berterusan. Ia tidak dapat dicapai melainkan dengan tarbiyah ruhiyah dan semangat serta tindak-tanduknya kerana lelaki yang bercakap lain dari lelaki yang beramal, lelaki yang beramal berbeza daripada lelaki yang berjihad semata-mata, dab lelaki yang berjihad semata-mata tidak sama dengan lelaki yang berjihad yang produktif dan bijaksana serta menghasilkan keuntungan yang besar serta natijah yang baik.
No comments:
Post a Comment