Tuesday, January 19, 2010

Prostaziatul 'Alam





Malam siang berlalu. Gerhana kesyahduan tiada berkesudahan. Teori pembebasan hamba-hamba oleh ISHAB dan SA Maududi, mengajar kita bahawa revolusi islam bukan sekadar revolusi biasa. Hanya ia yang akan berjaya kerana sistem nilai yang ditawarkannya, dan perlaksanaannya memerlukan pelaksana yang benar-benar memahami hakikat sebuah pembebasan manusia. Pembebasan daripada penghambaan sesama manusia, kepada penghambaan hanya kepada Allah.

Tiada keraguan lagi akan kewajiban kita melaksanakan islam di dunia ini, bukan sekadar dalam diri dan doa kita semata-mata. Hakikat ini sejajar dengan kewajiban kita untuk melaksanakan dakwah kepada Allah. Untuk menggapai Mardhatillah (Keredhaan Allah). Benar, Rasulullah tidak meminta jawatan-jawatan di Madinah. Baginda dilantik oleh penduduknya tanpa mengira bangsa dan agama. Dan akhirnya kita belajar bahawa sibghah (celupan) Allah ini bukan untuk diri kita sahaja. Namun, ia perlu tertegak di seluruh dunia, dan dalam semua aspek kehidupan. Ya, sekecil-kecil adab masuk tandas, hingga pentadbiran negara. Syariah Allah di setiap keadaan diri. Dengan itu, setiap makhluk di langit dan BUMI akan bertasbih kepada Allah. Bukan sekadar bertasbih di atas sejadah atau ketika bercinta sahaja. Pada waktu itu, ketika kita sudah laksanakan islam sepenuhnya, dengan dakwah kita yang sudah sepenuhnya tersebar, kita mengharapkan kita sudah laksanakan tugas kita. Selagi belum, kita tidak layak untuk berehat walau sejenak, malulah wahai diri!

Apabila ditawarkan pangkat, harta dan wanita untuk menghentikan dakwah, Rasulullah sama sekali tidak berfikir 2 3 kali untuk menolaknya. Hinggakan, jika diberikan bulan dan matahari sekalipun, ia tidak dapat membayar mahar sebuah perjuangan. Perjuangan atas ketakwaan mencari keredhaan.

Prinsipnya jelas, LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH. Penafian tuhan selain Allah dan baiah Ar-Rasul sebagai pemandu jemaah manusia itu. Berdirinya sebuah dakwah itu, dengan akidah yang jelas. Berdirinya sebuah perjuangan itu, dengan perjuangan membentuk jiwa-jiwa Robbani, tanpa pencemaran walau setitik fikrah/pemikiran jahiliyyah. Seluruh nyawa dan harta mereka diserahkan untuk Allah.

Perjuangan ini, bukan sekadar perjuangan mengumpulkan orang. Ia perjuangan mengumpulkan jiwa-jiwa ISLAMI! Ianya perjuangan membina jiwa-jiwa ISLAMI! Kita tidak mengharapkan sistem pendidikan sekular kini, dapat melahirkan rijal-rijal yang sanggup mati dan muflis kerana islam. Ianya mustahil.

Jadi, sebarang usaha untuk meraih simpati melalui kempen-kempen pilihanraya, mengumpulkan mereka dan kemudian dengan sistem islam yang ditegakkan, ingin mendidik rakyat jelata, hanya lah sebuah usaha yang sia-sia. Usaha untuk menempatkan orang-orang yang bersimpati dengan kita untuk menjadi jurubicara buat kita, kemudian barulah mendidiknya juga merupakan suatu usaha yang sia-sia. Seorang General Tentera ketika zaman jahiliyyah tidak layak menjadi seorang tentera sekalipun dalam sistem islam yang mulia. Sistem ini sangat agung, kerana di setiap inci sistemnya, ia melaksanakan ketakwaan pada Allah. Ia bukan sekadar nama, atau sekadar sebuah negara dengan undang-undang menindas semata-mata. Ia datang dengan semulajadi, berperingkat dan seiring dengan pembentukan jiwa peribadi.

Kita ada ramai ikhwah akhwat yang menjawat semua jawatan kini. Dari menteri, ADUN, jutawan, perniaga berjaya, pengarah jabatan, TNC, dekan, pensyarah, tutor, pelajar post-graduan, dan berbagai-bagai jawatan-jawatan besar dan hebat yang awalnya diharapkan dapat membantu pengembangan sebuah fikrah di penjuru-penjuru bumi. Itulah niat awal penglibatan, tiada lain kecuali untuk ilahi.

Namun, ramai yang lupa dengan matlamat itu. Mereka disibukkan dengan kerja mereka, hingga tidak sudi memberikan masa dan tenaga. Mereka disibukkan jiwa hingga hanya mampu memberikan harta.

Berikan aku seorang tukang kebun yang menyerahkan jiwa nya sepenuhnya kepada Allah, akan aku ubah dunia.

Kita ada ramai ikhwah akhwat. Kita ada semua jawatan. Kita ada jawatan itu, kita ada jawatan ini, kita ada jawatan itu, kita ada jawatan ini. Yang kita tidak ada ialah Pendakwah.



14 comments:

Insan Biasa said...

Tulisan yang menarik...aku ingin menjadi PENDAKWAH itu...

Abu Khalid Al-Jundi said...

Salam bah

Bah, kau sudah ketemu balun maya yah?

Anonymous said...

nak tanya..kenapa kita xde Pendakwah??...[ xclear ]

Abu Khalid said...

Susah nak menjawab soalan ini.

Pertamanya, artikel ini bukan untuk menghukum sesiapa tetapi untuk teguran diri. Setiap diri yang membacanya.

Pendek kata, kita hendaklah faham kita adalah pendakwah sebelum segala sesuatu.

Jangan kerana kita hendak menjadikan dakwah itu lebih pesat dengan aktivisme atau kerja kita di tempat kerja kita, namun akhirnya kita lupa tanggungjawab kita sebagai pendakwah.

Kita katakan pada awalnya, kita menjawat jawatan atau bekerja sibuk itu untuk dakwah, tetapi akhirnya dakwah yang kena kerja untuk kita.

Ana pun tak pasti penerangan ana ni membantu atau tidak. Respon la sikit deh...

Abu Khalid said...

Sebenarnya artikel ni bukan part tu sahaja, ada penerangan tentang kenapa KITA adalah KITA. Jadi kalau KITA itu KITA, kena buat kerja macam KITA lah.

Kalau ada anon-anon lain yg nak tlg ana utk menerangkan, amat-amatlah dialu-alukan.

Abu Khalid said...

Tajuk post ni pun dah menggambarkan sesuatu sebenarnya

Amir said...

Assalamualaikum,

Memang pedas artikel ni kalau yang memahaminya. HuHu.

Memang salah satu gelinciran para duat ialah bila dia masuk ke alam pekerjaan.

Pernah berborak dengan seorang ustaz yang kecewa dengan ikhwah dan akhawat kita yang masuk ke universiti menjadi lecturer, dengan tujuan asalnya untuk mengembangkan dakwah di sana.

Tapi bila wujud halangan sikit, ditekan oleh pihak atas, terus jadi macam lebih kurang macam orang awam. Tak memberi pengaruh yang kuat sangat sedangkan jumlah mereka tu ramai jugaklah dan ada jawatan jugak.

Seorang ustaz lagi pula pernah menceritakan tentang ade sebuah universiti ni dalam era 90an, bilangan ikhwah & akhawat yang menjadi pensyarah dan menjawat jawatan lain dalam tu cukup ramai.

Tapi...

Malangnya, bilangan ikhwah dan akhawat (student) yang berjaya ditarbiyah lebih kecil jumlahnya dari jumlah mereka.

Apa-apapun kita bukanlah penghukum. Saya hanya menyampaikan apa yang diluahkan oleh orang lama. Mereka juga tidak menghukum, cuma agak kecewa dan memperingatkan generasi baru seperti kita untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Sepatutnya setiap universiti, hantar sorang ikhwah n akhawat dah cukup untuk menggegar dakwah di tempat tu. Tu baru produk tarbiyah yang power. Ye tak? =P

Alang said...

sekadar berkongsi..ya, mungkin ada yg makin sibuk dgn tugas masing2 bila beralih ke alam pekerjaan. Jarang dah nak nmpk muka utk tugas jemaah.

mungkin boleh empati skit utk yg bertugas tu kan. Contoh lecturer mcm yg anta sebut di atas. ya, mungkin susah utk mereka turun aktif mcm dulu dlm jemaah. tapi cuba kita bygkan, mereka tak punya pilihan. nak tak nak sesuap nasi utk keluarga juga amat perlu.

dan mungkin,dlm dia tidak dpt berbakti pd jemaah, masyarakat luar..barangkali dakwahnya tetap berjalan. buat anak2 di rumah supaya mereka tidak ketinggalan dlm medah dakwah dan jemaah. mungkin dia berdakwah utk students2 nya, bukan mengajar ikut outline semata. pendakwah yg bijak dlm apa jua pekerjaan, dia akan cuba terapkan ilmu dakwah pd setiap target audience die. mungkin dia berjaya terapkan ilmu2 islam dlm students memangkin smngt mereka utk turut berjemaah di luar kelas.

jadi seorang PENDAKWAH itu pd saya bukan dlm scope usrah, daurah, khatibah, tamrin, wacana, kerja jemaah shj. andai mereka menyampaikan ilmu islam pd rakan sekerja atau anak murid, pesakit (bg doktor)..bkn kan boleh di anggap berdakwah?

kalau menggegar tarbiyyah utk uni tpi kualiti mcm hanya dpt 5 org, apa beza? its okay kalau menggegar dapat jumlah kecil asalkan kualitinya besar.

wallahualam

Abu Khalid said...

Salam

Akhi Amir:

Amir seakan-akan dapat membaca minda ana. Sejujurnya ana sangat-sangat suka memerhatikan generasi sebelum kita. Bukan untuk menghukum (seriously) tetapi untuk belajar sesuatu, utk memelihara dakwah kita seterusnya.

Seorang islam itu bodoh jika jatuh ke lubang yang sama.




Akhuna Alang:

Ana tak pasti ana boleh setuju ke tak dengan ntum. Kerana ana bukan berkata tentang dakwah. Ana berkata tentang dakwah KITA yang ada tsawabit (ketetapan).

Antaranya ialah 'membina'. Angka bukan isunya (seperti yg ntum katakan), tetapi yang penting adanya usaha muntij untuk membina generasi islam.

Mendidik anak takyah cakap la, orang kafir pun didik anak dorang. Itu la gunanya BM pada awalnya. Takkan tu je dakwah yang termampu dengan segala pangkat dan kedudukan yang ada.

Satu lagi patern yang ana nampak pada pengalaman orang-orang lama, yang paling bising, yang paling byk cakap tu, dia yg akan terkena apa yang dihambulnya kembali.

So ana cakap siang-siang, ana bukan menghukum, mengutuk, mencerca. Ana cakap ni kepada generasi baru. Kalau sayang dakwah ni, jadikan dakwah KITA ni sebagai prioriti KITA. Dari sekarang, sampai mati.

Ya Allah, jauhilah aku dari kata yang tidak diamalkan. Jauhkan aku dari nifak yang mengazabkan. Jauhkan aku dari cercaan-cercaan, fitnah-fitnah yang bakal membunuh dakwah. Izinkan aku menjadi jundi mu, muharrikmu, ansariyyun mu...

Semoga aku kekal dlm keikhlasan, hanya mengharapkan keredhaanMu.

Anonymous said...

jzkk..crystal clear iA...

tuantaufik said...

Ana terasa. Terima kasih kerna sudi menulis karya ini. Sebagai peringatan kepada sang Diri yang mudah alpa.

Abu Khalid said...

Terima kasih juga kerana sudi menjenguk teratak buruk ana ni...

Unknown said...

salam
hehe...
bez la akhi...mcm dulu2...

truskan =)

dari moscow said...

salam ziarah.
ana blog-hopping blog2 ikhwah dan tersampai sini. ana terfikir juga perkara yang sama, rasanya benda ni jadi kebimbangan ramai org yang terlibat dengan DnT especially yang dah nak habis belajar dan baru mula nak bekerja. takut juga kalau DnT yang diceburi selama ni tak lebih daripada aktiviti kokurikulum di semasa belajar.
nauzubillah mintak Allah jauhkan godaan syaitan dan pandangan dunia yang dijadikan nampak cantik2 belaka.
wallahualam.

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]