Tuesday, April 28, 2009

Langkah Tercipta!!!

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.



Di saat lemahnya diri, Allah kurniakan seseorang untuk memberiku secebis cahaya itu. Seseorang yang selama ini tidak pernah jemu memberiku kata-kata semangat, tatkala aku gagal melihat sebarang harapan. 5 tahun saat perpisahan ini, benar-benar melukakan hati, meluluhkan perasaan namun baru kini aku tahu mengapa kami dipisahkan. Sebak semalam itu benar-benar mengubat segala lara yang membuatkan aku kembali bersyukur atas segala apa yang dikurniaNYA.

Inilah dia guruku, kekasihku, sahabatku yang aku sangat-sangat rindukan. Yang kini aku ingin anugerahkan gelaran Doktor kepadanya kerana berjaya mengubat hatiku lagi. ;;;

Dr Aziz Yaacob



Masih jelas diminda
bisikan suaramu.. memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita.. kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru.. ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru.. kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Wednesday, April 22, 2009

Terima Buku Amalan?


Pernah sekali dalam suatu program motivasi, semua peserta diminta mengkritik rakan-rakan mereka yang turut sama hadir pada program itu. Entah apa objektif sebenar para fasilitator, namun kami semua ketika itu sangat bersemangat menyenaraikannya, dengan harapan dapat membantu rakan kami, kelemahan mereka yang perlu ditukar menjadi kekuatan. Aku sendiri berasa tidak sabar untuk mengetahui tentang diriku sendiri.

Selesai program, semua kritikan dikumpul dan dikompilasikan. Maka setiap daripada kami yang hadir ini, dipanggil. Seorang demi seorang. Dan aku setia menunggu, walaupun menjadi antara insan-insan terakhir yang dapat membaca pucukan surat kritikan itu.

Terus aku buka dan teliti. Anehnya~... Aku berasa sangat ganjil apabila membaca kritikan-kritikan itu. Segala aib dan jahiliyyah dalam diri, terbentang di atas sekeping kertas A4 itu, seakan-seakan satu tembakan tepat ke dahiku. Jantungku pula seolah-seolah punchbag peninju yang dipukul bertalu-talu,,,


Hanya Allah yang tahu betapa malunya perasaanku ketika itu...

Hanya Allah yang tahu betapa tidak ingin orang lain membaca lembaranku...


Hanya Allah yang tahu betapa aku ini malu terhadap diri sendiri...


Malu terhadap ibu bapaku, rakan-rakanku, anak-anak didikanku, kucingku, alam ini...



Kalau di kelompok yang baik-baik ini, lingkungan yang soleh wa musleh ini (baik dan membaikkan), jelas akan kekuranganku, apa pula perasaanku jika segala dosa dan amalan burukku, serta aib-aib lamaku dibentangkan kembali kepada aku kelak? Aduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Betapa malunya aku,,,

Jikalau kertas kecil yang ada beberapa kelemahan inipun tidak sanggup aku hadapi, bagaimana dengan kertas (Mungkin buku) aibku selama 22 tahun ini...

Waduh... Malu!!! AKU MALU!!! Janganlah Allah bentangkan aibku kelak...



Lalu aku teringat akan janji-janji Allah dalam kalamnya yang mulia:::

"Yaitu Golongan Kanan (Yakni orang yang menerima amalan dengan tangan kanan), alangkah mulianya golongan kanan itu."

"Yaitu Golongan Kiri (Yakni orang yang menerima amalan dengan tangan kiri), alangkah sengsara golongan kiri itu."

(Al-Waqiah:8-9)

"Adapun orang yang menerima kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, "Ambillah, bacalah kitabku (ini)""
(Al-Haqqah:19)

"Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata,"Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku. Sehingga aku tidak mengetahui bagaimana perhitunganku"
(Al-Haqqah:25-26)

Thursday, April 9, 2009

2 Orang yang tidak kusyu


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang kusyu' dalam sembahyangnya."
(Al-Mukminun:1-2)


Tersebutlah sebuah kisah dalam suratan kehidupanku. Aku di surau sebuah kolej bersama seorang rakan sekelasku. Pada ketika itu, turut bersama dalam surau yang gah itu, tampak 2 figure yang tidak asing lagi buatku. Seorang pelajar yang berasal dari Pakistan dan seorang lagi dari Palestin (Namun kini menjadi pelarian di Lubnan, hasil kekejaman Yahudi laknatuLlah).

Setelah iqomat dikumandangkan, aku dikedepankan, menjadi imam, menghadap Allah yang Esa. Hari yang memenatkan ini menyebabkan aku tidak dapat fokusss, minda masih sarat dengan bahan-bahan bacaan ku tadi. Setiap lantunan ayat-ayat Tuhan tidak dapat ku tadabbur hingga berbekas jauh di hati sanubari. Sedar-sedar dari lamunanku, solatku sudah tammat. 2 salam terucap dan bertalu-talu istighfar dibacakan, kini baru aku sedar dari serangan syaitan durjana, yang telah mengisi kalbuku tadi dengan bisikannya (An-nas:4-5).

Aku pandang ke belakang. Lantas aku berkata (Dalam bahasa inggeris penjajah): "Saya rasa saya dah buat 2 kali tahiyyat awal tadi, dah terlebih rakaat ni. Kenapa tak tegur tadi?". Berkata aku dalam perasaan penuh bersalah.

Terus palestian itu kata kepadaku, dalam nada yang sedikit meninggi: "Kamu dah solat 6 rakaat tadi. Kenapa macam ni? Mana pergi kusyu kamu? Kita sembahyang semula. Biar Ali (Pakistanian) yang jadi imam".

Terus kami sembahyang semula dari awal. Cukup 4 rakaat fardhu. Sedang aku dalam pengharapan, meminta keampunan ilahi, atas kelalaianku memandu ummat kecil ini menghadapNya.

Seusai solat, dalam perjalanan kembali ke bilik post-grad, aku bertanya kepada rakanku: "Tadi bukan ke saya solat 5 rakaat."

"A'ah. 5 rakaat, terlebih satu rakaat."

"Oh, rupa-rupanya, bukan saya seorang yang tak kusyu tadi"

Tuesday, April 7, 2009

Sukarnya Meninggalkan Jahiliyyah


Dewasa ini, kita melihat ummat kian larut dan larut dalam jahiliyyah. Kian membentuk larutan dosa, yang akhirnya menjadi pati yang pekat, cukup pekat untuk meluaskan isipadunya, agar jahiliyyah itu kekal mekar dalam masyarakat kita sendiri. Malah, kini masyarakat tidak lagi terkejut seandainya jahiliyyah yang ada ini, disebarkan oleh penganut islam itu sendiri.

Jahiliyyah ada di mana-mana. Buka televisyen, ia ada di dalamnya. Dalam akhbar, ia menjadi paparan utama. Apatah lagi di ruang maya tiada sempadan, internet, jahilliyah digambarkan seakan-akan perkara biasa. Sekarang, ummat tidak lagi terkejut andai babak penzinaan ditunjukkan dalam televisyen~ tak heran laaa. Juga kes pembunuhan dan buang bayi, ianya bukan lagi paparan yang menggemparkan. Alangkah malunya kita wahai pemuda sekalian.

Lantas ingin aku kongsikan kata Syeikh Rahmat Abdullah apabila menceritakan perihal kader dakwah dalam bukunya Untukmu Kader Dakwah. Tidak dapat tidak, perubahan perlu dilakukan. Hanya satu penyelesaiannya, dengan menawarkan solusi. Dan hanya islamlah solusinya. Namun, dalam meneruskan kerja besar taghyir (perubahan) ini, hanya boleh dibuat seandainya kita ada kader-kader seperti generasi-generasi pertama dahulu.

Siapakah generasi pertama? Tentunya salaf as-soleh. Golongan salaf, yang terawal, yakni para sahabat ar-rasul yang mendapat terbiyyah terusss daripada ar-rasul s.a.w.

Menurut As-Syahid Syed Qutb, berolehnya sukses para salaf as-soleh ini dahulu kerana mereka ini mempunyai beberapa sifat yang tidak ada pada generasi-generasi sesudahnya (Rujuk Maalim fit Toriq). 3 sifat itu ialah:

  1. Menuntut ilmu bukan sekadar untuk mengoleksi (mengumpul ilmu)
  2. Putus dari jahiliyyah kelmarin dan menghayati hidup baru dalam islam, tanpa keinginan sedikitpun untuk kembali ke kancah jahiliyyah
  3. Bersiap siaga menunggu arahan Al-Quran sepertimana perajurit yang menunggu arahan general mereka
Inilah kualiti yang TIADA pada SEMUA kader-kader dakwah kita ini. Walhal mereka SEMUA diperlukan dalam mengislahkan masyarakat, khususnya ummah itu sendiri. Tiada cara lain, tiada alternatif lain. KITA PERLUKAN MEREKA YANG BENAR-BENAR SERIUS!

Dalam buku Maalim fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan) juga, Syed bin Qutb juga memperihalkan tentang generasi Al-Quran yakni generasi rabbani yang ingin dihasilkan dalama tarbiyyah ini. Generasi yang benar-benar hati mereka berorientasikan ALLAH. Merekalah GENERASI HARAPAN yang kerap kali dicanang-canangkan, dinasyid-nasyidkan:::



Mereka itu:

  1. Bersih hatinya
  2. Bersih pemikirannya
  3. Bersih pandangan hidupnya
  4. Bersih perasaannya
  5. Murni jalan hidupnya
=== Dari sebarang unsur yang lain daripada landasan ilahi dalam AL-QURAN KARIM


Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah

Masih adakah lagi karat-karat jahiliyyah dalam dirimu? Wahai pemuda islam...

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]