Thursday, April 9, 2009

2 Orang yang tidak kusyu


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang kusyu' dalam sembahyangnya."
(Al-Mukminun:1-2)


Tersebutlah sebuah kisah dalam suratan kehidupanku. Aku di surau sebuah kolej bersama seorang rakan sekelasku. Pada ketika itu, turut bersama dalam surau yang gah itu, tampak 2 figure yang tidak asing lagi buatku. Seorang pelajar yang berasal dari Pakistan dan seorang lagi dari Palestin (Namun kini menjadi pelarian di Lubnan, hasil kekejaman Yahudi laknatuLlah).

Setelah iqomat dikumandangkan, aku dikedepankan, menjadi imam, menghadap Allah yang Esa. Hari yang memenatkan ini menyebabkan aku tidak dapat fokusss, minda masih sarat dengan bahan-bahan bacaan ku tadi. Setiap lantunan ayat-ayat Tuhan tidak dapat ku tadabbur hingga berbekas jauh di hati sanubari. Sedar-sedar dari lamunanku, solatku sudah tammat. 2 salam terucap dan bertalu-talu istighfar dibacakan, kini baru aku sedar dari serangan syaitan durjana, yang telah mengisi kalbuku tadi dengan bisikannya (An-nas:4-5).

Aku pandang ke belakang. Lantas aku berkata (Dalam bahasa inggeris penjajah): "Saya rasa saya dah buat 2 kali tahiyyat awal tadi, dah terlebih rakaat ni. Kenapa tak tegur tadi?". Berkata aku dalam perasaan penuh bersalah.

Terus palestian itu kata kepadaku, dalam nada yang sedikit meninggi: "Kamu dah solat 6 rakaat tadi. Kenapa macam ni? Mana pergi kusyu kamu? Kita sembahyang semula. Biar Ali (Pakistanian) yang jadi imam".

Terus kami sembahyang semula dari awal. Cukup 4 rakaat fardhu. Sedang aku dalam pengharapan, meminta keampunan ilahi, atas kelalaianku memandu ummat kecil ini menghadapNya.

Seusai solat, dalam perjalanan kembali ke bilik post-grad, aku bertanya kepada rakanku: "Tadi bukan ke saya solat 5 rakaat."

"A'ah. 5 rakaat, terlebih satu rakaat."

"Oh, rupa-rupanya, bukan saya seorang yang tak kusyu tadi"

1 comment:

ProfHussaini said...

Mungkin ada yang terbuku di hati> Kenapa tak sujud sahwi je,, kan senang

Hehe

Bila dah solat dengan 3 orang yang bermazhab dan latar belakang yang berbeza, susah la sikit time2 khilaf ni

Pegangan kita? Berlapang dada

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]