Tuesday, April 28, 2009

Langkah Tercipta!!!

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.



Di saat lemahnya diri, Allah kurniakan seseorang untuk memberiku secebis cahaya itu. Seseorang yang selama ini tidak pernah jemu memberiku kata-kata semangat, tatkala aku gagal melihat sebarang harapan. 5 tahun saat perpisahan ini, benar-benar melukakan hati, meluluhkan perasaan namun baru kini aku tahu mengapa kami dipisahkan. Sebak semalam itu benar-benar mengubat segala lara yang membuatkan aku kembali bersyukur atas segala apa yang dikurniaNYA.

Inilah dia guruku, kekasihku, sahabatku yang aku sangat-sangat rindukan. Yang kini aku ingin anugerahkan gelaran Doktor kepadanya kerana berjaya mengubat hatiku lagi. ;;;

Dr Aziz Yaacob



Masih jelas diminda
bisikan suaramu.. memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita.. kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru.. ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru.. kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

4 comments:

Anonymous said...

Tiada putus asa pada seorang akh
Bangkitlah meneruskan perjuanganmu
Tiada yang perlu dikhuatirkan
Kerana Dia sentiasa bersamamu
Dan aku yakin kau mampu
Allah Hafiz

zahidzuhri said...

terus berderap melangkah ke hadapan..
WAHAI PEJUANG!!

Anonymous said...

Gila la hussaini

Ko ni pernah putus asa ke?

Ko bukan hati kering ke...

Abu Khalid said...

Hehe

Ini sekadar hadiah hari guru buat guruku yang tercinta..

Selamat hari guru kepada semua murobbi/murobbiah yang merasai jerih perih dunia pendidikan ini!

p/s: Laskar Pelangi

[Blog Archieve]

[Ahlan Bina]